in

“Why papa aib kami?” – Chef Wan ‘Sakit Dada’ Fikirkan Masalah Serina Tak Jujur Soal Perkahwinan Dengan Anggota Polis

Chef Wan Serina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak dua menjak ini, nama Serina Redzuawan yang juga anak kepada chef selebriti terkenal, Chef Wan kian disebut-sebut netizen selepas berita perkahwinannya dengan seorang anggota polis terpalit pelbagai kontroversi.


Kesal dengan perbuatan anaknya yang dikatakan telah mengahwini suami secara senyap-senyap tanpa pengetahuan bapa, Chef Wan sekali lagi meluahkan kekesalannya terhadap Serina di Instagram.

Aidid

Kali ini pula berkenaan sikap Serina yang mengatakan dirinya sudah dimalukan berdasarkan beberapa posting Chef Wan sendiri di media sosial berkenaan perkahwinannya dengan anggota polis bernama Meor Muhammad Aidid Meor Jamaluddin itu, lapor Harian Metro.

 

“Why papa aib kan kami? Malu parent in law because of this…”

Menurut Chef Wan, dia kesal dan sedih dengan kata-kata anaknya yang memberitahu mereka berasa malu dengan pendedahannya di Instagram baru-baru ini.

Malah menantunya juga menurut Serina, dikhuatiri dikenakan tindakan tatatertib serta dibuang kerja gara-gara kontroversi yang melanda perkahwinan tersebut.

Why papa aib kan kami? My husband nanti jika kena tindakan tatatertib atau dibuang kerja macam mana? Malu parent in law because of this

“Adoi doktor tolong check hati saya sakit dan sedih. Bukan dia ingat hati bapak dia yang ditipu laki bini. Kita mendapat malu,” katanya yang juga tertekan dengan kecaman netizen.

 

Jumpa doktor kerana sakit dada dua malam lepas 

Tambah Chef Wan lagi, disebabkan hal tersebut, dia telah menjadi mangsa kecaman segelintir netizen yang menyokong perbuatan anaknya itu.

“Yang netizen tak tahu hujung pangkal pula maki hamun kita tak tentu pasal mau pun all her friends that sided both their perbuatan. 

“Kenapa tak fikir 100x nak buat Rina sebelum semua ini berlaku? Semalam new isteri tua mengaku mereka kahwin sebelum dia diceraikan. Kantoi lagi,” katanya.

Dek kerana tertekan dengan apa yang berlaku, Chef Wan memberitahu yang dia seakan-akan mengalami sakit jantung sekitar dua malam lepas sehingga dia terpaksa berhenti membaca komen-komen di media sosial. Aduhai… 

“Hati saya berdegup kencang dua malam yang lalu. Saya cakap kepada diri bahawa saya akan mengalami serangan jantung kerana saya merasa tercekik. Saya berhenti membaca semua komen di IG.

“Saya telan pil tidur untuk menutup minda dan hati saya yang tertekan dari semua masalah ini.

“Sama seperti Doktor, saya menjadualkan pemeriksaan perubatan tahunan saya hari ini di hospital Gleneagle dan ujian Covid-19 untuk kali ketiga. Mari buat pemeriksaan menyeluruh,” katanya lagi.

Apa-apapun diharapkan kemelut bapa dan anak ini selesailah dengan baik-baik. Esok pun dah mula ramadan kan, marilah kita bermaaf-maafan. 

Baca: “Memang berkahwin dengan Serina ketika dia masih suami saya yang sah” – Bekas Isteri Buka Mulut

Serina

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.