Chef selebriti Datuk Redzuawan bin Ismail atau lebih mesra dengan nama panggilan Chef Wan baru-baru ini ada muat naik satu perkongsian di Instagram menzahirkan rasa kecewa dengan anaknya pelakon Serina Redzuawan.
Katanya dia terkejut apabila mengetahui khabar berita ini, menurutnya dia mengetahui hal ini selepas Serina umumkan bahawa dirinya sudah bernikah bersama seorang pegawai polis, Meor Mohammad Aidid tadi.
Pi Nikah di Siam dah lama tu baru bagi tahu bapaknya dont u think bagus budi bahasa anak jenis begini?”
Katanya, hal ini diketahui selepas adik beradiknya maklumkan hal ini kepadanya, Chef Wan menceritakan bahawa Serina sebelum ini tetap dengan pendiriannya ingin bernikah sebelum puasa.
“She said ” Rina dah nikah di Siam pun Pa! My heart was striked by lightning ketika itu. Nak nikah rumah Papa untuk urusan nikah semula in Msia aja. Terus saya tak pun jawab apa yg she said.”
Dalam pada itu, Chef Wan menceritakan satu cerita yang pernah menjadi perhatian tentang dirinya bersama pelakon arwah Hani Mohsein.
Katanya lagi, dia tak terkejut dengan apa yang dah berlaku, bahkan sebagai seorang bapa, Chef Wan rasa kecewa dengan apa yang dilakukan oleh Serina.
“Dulu pun dia memalu kan saya dengan kisah Hani Mohsein dia tu. With this behind my back after all my adviced i am not surprise As a father offcourse what both of them have done is most disappointing.”
Tambah Chef Wan lagi, dia tak melarang keputusan Serina untuk nikah namun, dengan tindakan nikah di luar negara dan baru maklumkan kepadanya itu satu perkara yang mengecewankannya.
“Saya tak melarang pun dia nikah. Pi Nikah di Siam dah lama tu baru bagi tahu bapaknya dont u think bagus budi bahasa anak jenis begini? And now this? Rina….Rina suka hati kau orang lah.”
Walaubagaimanpun, Chef Wan redha dengan apa yang terjadi dan mengucapkan agar mereka bahagia dengan pasangannya itu.
“Kau orang pun dah tua masing2 tahu dan bertanggung jawab dengan apa yg kau orang lakukan ini semua especially behind my back. As much as u have hurt me i will still swollow aja. Baik apa pun i wished u both a happy marriage.
At this point i am sure any parent would share the same feeling that i am feeling now. Kita doa kan terbaik dan amin kan pernikahan mereka ini sudah lah.”
https://www.instagram.com/p/CNcPfNQAyV-/?igshid=13alt8ggu0klf
Sebelum ini, selebriti Serina Redzuawan ada mengumumkan dirinya telah bernikah dengan seorang pegawai polis menerusi Instagram.
https://www.instagram.com/p/CNb87_wDeri/
Baca : “Siapa kisah dia nak kahwin 100x pun” – Chef Wan Bengang Difitnah Komen Pasal ‘Najib Kahwin Baru’