in

“Warga emas selepas ini boleh walk in terus ke PPV untuk dapatkan vaksin” – KJ

Fi Kj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam Menteri Penyelaras Program COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin menyatakan warga emas selepas ini boleh walk in ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk mereka dapatkan vaksin.



Perkara ini dikongsikan melalui akaun Twitternya, serta dia turut memaklumkan bahawa tarikh untuk mereka datang ke PPV itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Menurut beliau, Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) akan lakukan kaedah ini selepas merujuk kepada pengumuman yang diberi oleh Menteri Kesihatan pada sidang akhbar petang semalam.

“Merujuk kepada vaksinasi walk in bagi warga emas di Selangor dan Kuala Lumpur seperti yang diumumkan Menteri Kesihatan dalam sidang akhbar petang tadi (semalam), Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) ingin memaklumkan bahawa tarikh pelaksanaan kaedah ini akan dimaklumkan kelak,”

Di samping itu, perkara ini perlu untuk memuktamadkan perancangan inisiatif seperti penghantaran bekalan stok ke semua PPV. Termasuk merancang waktu walk in bersesuaian, untuk mengelakkan kesesakan bagi warga emas.

Akhir sekali, warga emas berusia 60 tahun ke atas beserta pengiring tidak dibenarkan hadir ke mana-mana PPV tanpa temu janji bermula hari ini hingga ke satu tarikh akan diberitahu nanti.

 

Baca : Bekalan Vaksin Untuk Fasa 3 Mungkin Tak Cukup – Khairy Jamaluddin

Foot Kj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.