in

“Beberapa tangkapan telah dibuat” – Majikan DILARANG Potong Gaji Pekerja Untuk Suntikan Vaksin

Ft Vaksinmajikan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19, Khairy Jamaluddin mengingatkan majikan untuk tidak mengenakan caj kepada pekerja untuk suntikan vaksin.


Menurut Bernama, mana-mana majikan yang terlibat dengan program Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Industri di bawah Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) dilarang memindahkan kos pentadbiran vaksin dengan memotong gaji pekerja.

Kj 5

Kata beliau, kos pentadbiran vaksin yang merangkumi penyediaan PPV dikendalikan pihak swasta dan perkhidmatan pengamal perubatan swasta perlu ditanggung majikan.

Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa suntikan vaksin di bawah PICK adalah diberikan secara percuma kepada semua penduduk Malaysia.”

Prinsip yang sama juga terpakai untuk PPV Industri di bawah PIKAS yang telah digerakkan untuk mengawal penularan wabak Covid-19 melalui Fasa 4 PICK.”

Tiada bayaran boleh dikenakan kepada orang ramai yang ke PPV di bawah pengamal perubatan swasta untuk imunisasti Covid-19. Kata Khairy lagi, tiada kos rundingan boleh dikenakan oleh pengawal perubatan swasta ke atas orang ramai yang hadir atas janji temu yang telah diberikan untuk divaksinasi.

Vaksin 4

Difahamkan, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) telah membuat dua laporan polis berikutan dakwaan aktiviti penjualan vaksin. Melalui satu kenyataan berasingan, CITF berkata,

Kami difahamkan beberapa tangkapan telah dibuat dan butiran lanjut akan diumumkan oleh PDRM dalam masa terdekat.”

CITF ingin menegaskan bahawa tiada vaksina atau slot janji temu boleh dijual sama sekali. Pemberian suntikan vaksin adalah dilaksanakan secara percuma kepada semua penduduk Malaysia di bawah PICK.”

Orang ramai diminta untuk laporkan kepada polis jika sekiranya ada mendapat tawaran penjualan vaksin daripada sesiapa.

Baca: BERITA PALSU! KKM Nafi Khabar Angin Lelaki Meninggal Dunia Sebab Makan Durian Sehari Selepas Vaksin

Ft Fakenewsdurian

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.