in

Warga Emas Di Indonesia Dapat Ayam Hidup Jika Terima Suntikan Vaksin COVID-19

Feature 3 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun pengambilan vaksin telah terbukti boleh mengurangkan risiko kita untuk dijangkiti sesuatu penyakit yang berjangkit seperti COVID-19, masih ada sesetengah orang yang ragu-ragu untuk terima vaksin.


Jadi, sebuah daerah di Indonesia ini telah memberikan insentif seekor ayam hidup dalam usaha untuk memujuk warga emas di daerah itu agar terima suntikan COVID-19. Menurut suarabogor.id, inisiatif itu telah disediakan oleh pihak pemerintah di Desa Ciputri, daerah Pacet, Kabupaten Cianjur.

Vaksin Indo

Seekor ayam hidup akan diberikan kepada warga emas di kawasan itu setelah menerima suntikan vaksin terbabit. AKP Galih Apria iaitu Ketua Polis Pacet mengatakan pemberian ayam tersebut juga adalah sebagai tanda kasih sayang kepada warga emas.

Suntikan vaksin untuk warga emas di situ agak susah jadi pihak mereka memutuskan untuk memberi ayam hidup kepada mereka yang terlibat. So, dorang boleh decide sama ada nak pelihara ayam tu atau nak terus sembelih untuk dimakan seisi keluarga. 

Nampaknya inisiatif ini berhasil sebab ramai warga emas di situ excited dan tak sabar untuk dapatkan dos kedua suntikan itu. Menurut Elis Sumyati yang berusia 52 tahun, dia bersyukur sebab dah dapat vaksin berkenaan secara percuma sekali gus dapat seekor ayam.

Walaupun kita kat Malaysia tak ada lagi inisiatif macam ni, jangan lupa daftar vaksin tau. 

Sumber: suarabogor.id

Baca: Daerah Di Thailand Ini Beri Insentif Anak Lembu & Emas Untuk Rakyat Daftar Vaksin COVID-19

Cow

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.