in

Warga Emas Cedera Parah Lepas Ditik*m Oleh Anak Guna Pembuka Tin

Warga Emas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita warga emas di Kuala Pilah dilaporkan mengalami kecederaan parah selepas ditikam di bahagian leher dalam kejadian pada malam tadi.

Menurut laporan Harian Metro, mangsa yang berusia lingkungan 80-an dipercayai ditikam oleh anak perempuannya sendiri yang berusia 50-an menggunakan pembuka tin.


Setakat ini, motif kejadian masih belum dapat dipastikan. Bagaimanapun, difahamkan suspek yang juga seorang wanita didakwa mempunyai masalah kesihatan mental.

Mangsa kini dirawat di Hospital Rembau dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Kes Polis
Gambar sekadar hiasan

Artikel berkaitan: Tular CCTV Rakaman Rompakan Di Taman Sri Muda, Wanita Ditikam 8 Kali Oleh Perompak Warga Asing

Artikel berkaitan: Rompakan Paling Berani! Kisah Geng Mamak Rompak Jongkong Emas RM12 Juta Dari Subang Airport

Kejadian tersebut difahamkan berlaku di sebuah rumah di Kampung Segineh Inas, Johol, Negeri Sembilan.

Polis telah menahan suspek mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.