in

Wanita Viral Jual Rumah RM10, Kini Dakwa Konon Dia Dilantik Jadi Pengarah Kewangan KDN

Jual Rumah Rm10 Kdn Pengarah Kewangan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak lama dulu, kecoh diperkatakan mengenai satu skim perumahan ‘Rumahku Syurgaku’ yang kononnya mendakwa menjual 3,000 buah rumah dengan harga sebuah serendah RM10 yang mana agak tidak masuk akal jika difikirkan.


Wanita di sebalik skim perumahan tersebut, Dato’ Sri Nur Atiqah Baba dari MRF Consultant telah mendapat pelbagai respon daripada netizen antaranya individu seperti Mona Din yang mendakwa skim tersebut hanyalah scam semata-mata.

Drama DS Jelmaan di Majlis ‘Press Conference’. Team dia akhirnya turun jam 12.30 tghri. Video ini adalah apa yg…

Posted by Mona Din on Tuesday, September 27, 2022

 

“Saya terima!” 

Namun baru-baru ini tular pula satu video yang menunjukkan wanita berkenaan mengakui telah menerima satu jawatan di Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai Director of Finance atau Pengarah Kewangan KDN.

Menerusi video tersebut, wanita terbabit memberitahu bahawa dia agak speechless apabila mendapat tawaran dari KDN dan menerima jawatan tersebut.

Saya tak tahu nak cakap apa. Alhamdulillah saya terima,” katanya.

Polis terima laporan daripada Setiausaha Bahagian Kementerian Dalam Negeri

Pun begitu semalam, pihak polis telah menerima laporan daripada Setiausaha Bahagian Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mendakwa wanita tersebut menyamar sebagai penjawat awam bertujuan untuk menipu menerusi hantaran video di Facebook, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pengadu mendakwa video tular itu telah memaparkan Dato’ Sri Siti Nur Atiqah mengaku dilantik sebagai Pengarah Kewangan KDN.

Kem Dalam Negeri

Hasil semakan mendapati, rakaman video berdurasi 1 minit 40 saat yang memaparkan seorang wanita (Datuk Seri Siti Nur Atiqah Baba) mendakwa dilantik sebagai Pengarah Bahagian Kewangan KDN.

“Rakaman video itu juga mengandungi tangkap layar laman web KDN yang diubahsuai,” katanya dalam kenyataannya.

Pengadu juga membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya sebagai penafian KDN melantik mana-mana individu secara langsung dalam jawatan itu kerana ia tidak pernah wujud.

Uish macam-macam ye… harap korang semua jangan mudah terpedaya dengan scam zaman sekarang. 

Baca: “Dia ambil duit tu pergi shopping” – Geng Influencer Bengang, Jadi Mangsa ‘Scam’ Tour Guide Di Hatyai?

Scammers

Sumber: Penerangan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.