in

“Dia ambil duit tu pergi shopping” – Geng Influencer Bengang, Jadi Mangsa ‘Scam’ Tour Guide Di Hatyai?

Untitled Design 34

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebelakangan ini, tidak dapat dinafikan ramai yang bercuti ke negara jiran kita, Thailand. Lebih tepat lagi, Hatyai. Ini kerana ia merupakan syurga makanan malah Hatyai juga menawarkan tempat-tempat menarik dengan harga yang jauh lebih murah.


Sebagai pelancong, kita perlu bijak mencari pemandu pelancong atau tour guide yang dipercayai agar perjalanan kita berjalan dengan lancar.

Itulah yang terjadi kepada beberapa orang influencers yang baru-baru ini melancong ke Hatyai, antaranya termasuklah Norreen serta Chi Howe.

Perjalanan mereka bertukar tragedi apabila pemandu bas yang membawa mereka dari Malaysia ke Thailand tiba-tiba mengamuk, dan perjalanan mereka dari Masjid Songkhla tertangguh hampir satu jam.

Chi Howe kemudiannya turun daripada bas dan bertanyakan apa yang terjadi kepada Norreen, rupa-rupanya tour guide yang dikenali sebagai Mr. F itu meminta ‘bantuan’ daripada Norreen untuk meminjam duit secara peribadi.

@chihowe1

Replying to @I am Aisyahnoorsaidi ni cerita penuh dia ? #fyp #tiktok

♬ original sound – Bulu Ketiak – Bulu Ketiak

 

Rupa-rupnya, Mr.F itu tadi hanya membayar pemandu bas itu sebanyak RM 500 untuk mereka sampai ke Thailand, manalah orang tu tak mengamuk, jauh tu!

“Sepatutnya dia yang jaga kita, kita percaya dia tapi dia yang mainkan kita. Lepastu, driver tak nak bawa bas. Macam mana nak balik?” katanya.

“Bukan minta duit Kak Norreen je, dia minta penumpang lain juga!” 

Dalam video seterusnya, Chi Howe menceritakan tour guide itu ada juga meminta duit dari penumpang lain dan ada yang sudah pun membayar kepadanya.

@chihowe1

Replying to @Mala Nor cara dia buat tu dengan muka yg langsung tak menyesal… memang perhhhhh #fyp #tiktok

♬ original sound – Bulu Ketiak – Bulu Ketiak

“Dia (Mr. F) memang banyak pusing cerita, dia kata ada collaborate dengan seorang Dato’ ni tapi sebenarnya takde kena mengena pun.” katanya.

Dato’ yang dihubungi itu kemudian berkata dia tidak ada kena mengena langsung dengan Mr. F itu, perkara itu hanya dapat dirungkaikan setelah Norreen merampas telefon bimbit Mr. F itu daripadanya.

Malah, hotel yang ditempah oleh Mr. F itu adalah hotel yang tidak sesuai untuk keluarga, selepas diperiksa rupanya semua duit yang telah diberikan kepadanya digunakan untuk membeli-belah.

Fuh, berat ni, silaplah cari pasal dengan influencers…

Baca: Tren Shuttle Padang Besar Ke Hatyai Akan Dibuka Semula 15 Julai, Korang Boleh Ikut Step Ini!

Hatysi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.