Sehingga hari ini, masih ramai golongan yang menolak vaksin untuk dirinya mahu pun anak-anak atas alasan yang ianya lebih memudaratkan daripada melindungi.
Baru-baru ini, wanita juga merupakan seorang peguam telah bertindak untuk menyaman Menteri Kesihatan, Ketua Pengarah Kesihatan, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang dan Pegawai Kesihatan Daerah Kuantan selepas mendapat tahu suaminya telah membawa anaknya untuk mengambil vaksin.
Suntikan dibuat dengan consent form yang ditandatangani oleh encik suami sebagai bapa kandung…”
Tambah wanita ini lagi, sebelum ini dia pernah memberikan surat penolakan vaksin kepada individu-individu yang disenaraikan sebagai orang yang mahu disaman.
Melalui Instagram story, Khairy Jamaluddin telah mengesahkan perkara ini dengan mengatakan yang beliau bakal disaman.
Kisah benar, ibu tak nak anaknya divaksin. Bapa bawa anak, tandatangan consent form. Anak divaksinkan. Ibu saman saya.”
Tak cukup dengan itu, wanita ini turut memuat naik gambar surat dari pejabat guaman miliknya yang diberikan kepada Klinik Kesihatan Balok.
“Wajib bagi ayah memastikan anak-anak dilindungi” – Suami
Ekoran posting yang dibuat oleh wanita ini, suaminya sendiri turut memberikan komen menjelaskan tindakannya membawa anak-anak vaksin dan meminta agar isteri itu menyamannya.
Menjadi wajib bagi seorang ayah memastikan anak-anak dilindungi dari jangkitan wabak yang menular.
Tidak perlu saman-menyaman. Saman suami je… Nanti suami tolong backupkan bagi pihak kerajaan.”
“Saya tak rasa takut pun dengan isteri”
Tak cukup dengan itu, lelaki ini turut menjelaskan yang dia memang vaksinkan semua anak-anaknya dan tak takut dengan isterinya malah dia takut kalau tertinggal tarikh temujanji.
Alamak, abang ni betul-betul gunakan kuasa “beras kita beli” nampaknya ni. Apa-apa pun min doakan urusan rumahtangga dan keluarga ni dipermudahkan…