Semalam, posting penyanyi Naim Daniel di Twitter mendapat perhatian ramai netizen sehingga berjaya raih lebih 38,900 retweets selepas dia menyentuh tentang isu golongan anti vaksin.
Melalui tweet itu, Naim menegur golongan terbabit yang mahukan kelebihan sama seperti mereka yang menerima vaksin lengkap serta menyifatkan ianya sebagai perbuatan tidak tahu malu.
Anti vax, tapi nak privilege macam orang yang ambil vaksin.
Tak malu.
— Naim Daniel (@naimdanielx) August 23, 2021
“Menjaga nyawa itu wajib”
Kata Naim yang terkilan kerana masih wujud golongan ini dalam kalangan masyarakat, mereka berkenaan seharusnya tidak mementingkan diri serta sedar dengan tanggungjawab untuk membanteras wabak Covid-19 di negara kita.
Ya, kita semua ada pilihan masing-masing tapi untuk menjaga nyawa itu wajib. Lagipun pihat fatwa pun sudah mengeluarkan kenyataan yang kita harus ambil vaksin.”
Golongan anti-vaksin sepatutnya janganlah pentingkan diri sendiri, perkara macam ini adalah common sense untuk sama-sama membanteras wabak Covid-19 ini.”
“Kenapa nak tolak ikhtiar?”
Menurut Gempak, Naim juga mempersoalkan golongan anti vaksin yang menolak salah satu cara ikhtiar bagi memerangi dan melawan virus berbahaya ini.
Pelantun lagu Sumpah itu juga akui kecewa dengan individu yang menolak vaksin namun pada masa yang sama mengambil kesempatan untuk menjalani kehidupan normal.
Akhirnya kesan akan datang kepada diri kita juga, kenapa nak tolak ikhtiar. Kesan sampingan daripada vaksin pun hanya sementara bukanlah menganggu gugat kesejahteraan kita.”
Yang buat sijil vaksin palsu dan ambil kesempatan, perkara sebegini amat menyedihkan. Pilihan itu semestinya akan memberi kesan kepada diri sendiri dan orang sekeliling.”
Kita semua harus serius dalam bab penjagaan kesihatan dan nyawa.”