in

Wanita Kongsi Kisah Bayinya Disalah Diagnos Oleh Hospital Swasta di Kuala Lumpur

Baby5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini seorang netizen dikenali sebagai Vi Vian telah memberi peringatan melalui Facebook selepas hospital swasta di Kuala Lumpur tersalah informasi tentang penyakit yang dialami bayinya yang berusia 5 bulan.


Menurutnya, mereka telah ke hospital sebanyak empat kali dan tiga lawatan telah dikira sebagai kecemasan kerana keadaan bayi yang sangat teruk.

“Semasa kali pertama melawat, doktor memberitahu ruam itu disebabkan virus, tetapi dia tidak memberitahu nama virus tersebut.”

“Semasa lawatan kedua, doktor memberitahu ruam itu disebabkan alahan. Saya minta mereka lakukan ujian darah tetapi doktor tidak bersetuju.”

“Kemudian dia memberi saya krim untuk disapukan pada ruam di badan bayi. Selepas disapukan krim, ruam itu menjadi lebih teruk!”

Baby1
sumber: facebook

 

Baby2
sumber: facebook

“Kali ketiga melawat, saya meminta untuk berjumpa doktor pakar. Ujian darah kemudian dijalankan, yang memakan kos sebanyak RM1,400.”

“Pada waktu petang, doktor itu menghubungi saya selepas keputusan keluar dan meyakinkan bahawa keadaan yang dialami anak saya itu bukan disebabkan virus. Saya diberitahu untuk membawanya ke hospital jika demam masih berterusan.”

Menurut World of Buzz, demam anaknya kemudian mencecah 39 Darjah Celcius pada jam 6 pagi keesokan harinya. Bayi itu kemudian digegaskan ke bahagian kecemasan. Namun, apa yang dilaluinya masih mengecewakan.

“Tiada siapa di jabatan kecemasan pada itu dan doktor hanya muncul selepas beberapa ketika. Saya minta anak saya ditahan wad kerana ruam telah merebak ke seluruh badan.”

“Selepas doktor berbincang dengan pakar yang merawat anak saya sebelum ini, dia memberitahu bahawa anak saya tidak perlu ditahan wad jadi kami boleh pulang selepas prosedur selesai.”

Baby3
sumber: facebook
Baby4
sumber: facebook

 

Tidak yakin dengan apa yang didengarinya, Vian membawa anaknya ke Gleneagles dan di situ anaknya terus diberikan rawatan secepatnya.

“Air dimasukkan ke dalam badan dan ujian darah dilakukan. Keputusan darah menunjukkan bahawa anak saya dijangkiti Influenza A!”

“Lagi pula, seorang pakar alahan dan ahli dermatologi telah menjalankan ujian ke atas kulitnya dan kulit anak saya elok serta tidak mempunyai alahan pada apa-apa. Ruam yang disebabkan oleh Influenza A itu mula hilang keesokan hari.”

Macam mana doktor pakar pun boleh salah informasi ni?! Kementerian Kesihatan kena pantau supaya kes macam ni dapat dielakkan!

Baca: Bapa Kongsi Kisah Kematian Anak Disebabkan Kelalaian Hospital

Anak 2

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.