in

“Terlalu ketat dan sendat” – Rekaan Pakaian Baharu Hanis Zalikha Buat Ramai Wanita Kurang Senang?

Ft Hanis Zalikha

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rekaan pakaian baharu hasil kolaborasi pelakon dan usahawan Hanis Zalikha telah mengundang rasa kurang senang netizen di media sosial.

Menerusi Threads, seorang pengguna melabelkan pakaian tersebut dikatakan terlalu ketat dan tidak sesuai digayakan oleh wanita berhijab.


Artikel berkaitan: “Doktor kata kalau lewat…” – Hanis Zalikha Kongsi Pengalaman Perit Bapanya Hampir Koma

Artikel berkaitan: “Terharu tengok reaction” – [VIDEO] Netizen Puji Anak Hanis Zalikha, Excited Dapat Duit Raya RM1

Menurut individu berkenaan, potongan pakaian tersebut terlalu mengikut bentuk badan dan ia boleh menimbulkan kebimbangan mengenai kesesuaiannya dalam kalangan wanita Muslimah biarpun tidak dinafikan bahawa rekaan pakaian itu memang cantik.

“Maaf cakap, tapi sangat tak sesuai dipakai oleh kaum wanita, terlalu ketat dan sendat, ikut cutting. Rekaan memang cantik, tapi bayangkan ramai pakai. Macam manalah awak nak menjawab nanti?”

  Screenshot 2026 05 26 171346

Hantaran tersebut disertakan dengan beberapa gambar individu yang menghadiri majlis pelancaran sambil mengenakan pakaian berkenaan. Dalam pada itu, individu tersebut menasihati Hanis agar usahawan tersebut menitikberatkan soal keberkatan dalam perniagaan.

“Carilah keberkatan dalam berniaga. Jagalah maruah semua wanita, malah influencer pun cari cara nak tutup.”

Screenshot 2026 05 26 172124

“Tolonglah jangan keluarkan macam ini. Kalau rasa tak sesuai, tak perlu pakai. Kalau pemilik jenama sendiri berhijab, takkan pembeli pula perlu dihadkan? Mungkin selepas ini boleh buat lebih baik.”

Menjengah ke ruangan koman, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan individu tersebut dan berpendapat bahawa peniaga bukan beragama Islam lebih baik dalam menghasilkan baju yang sesuai dengan wanita Muslim.

Sumber : TikTok, Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.