in

Wanita Ini Tangkap Teman Serumah Lelaki Mengintai Ketika Mandi

F

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita berusia 27 tahun mengalami sesuatu yang tidak dapat dilupakan dan trauma selepas beliau mendapat tahu dirinya dihendap oleh teman serumah ketika mandi.


Gambar Hiasan
gambar hiasan

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ooi itu adalah salah seorang penyewa di sebuah rumah teres dua tingkat yang terletak di Puchong sejak 3 tahun lalu.

Selama bertahun tinggal bersama rakan serumah yang lain, tiada perkara pelik yang berlaku dan semuanya nampak normal sahaja. Sehingga lah pada Januari tahun ini, salah seorang rakan serumah Ooi berpindah dan digantikan dengan seorang lelaki.

Ooi tidak ambil tahu tentang lelaki berusia di awal 30an itu kerana mereka jarang berjumpa atau terserempak di rumah. Menurutnya, lelaki itu menyewa di bilik utama di tingkat atas manakala beliau menginap di sebuah bilik tingkat bawah.

Beberapa minggu lalu, Ooi mula berasa tidak selesa dan mengesyaki sesuatu selepas terdengar bunyi tapak kaki di luar bilik air ketika beliau mandi setiap pagi. Satu hari, dia menyedari sesuatu.

Pada mulanya saya sangka bunyi itu adalah rakan serumah perempuan saya yang lain. Namun pada waktu pagi 11 Oktober lalu, ketika saya sedang mandi, saya memandang ke atas dan nampak bahagian dahi seseorang di tingkap tandas itu”

Dalam keadaan yang terkejut, Ooi terus berlari masuk ke dalam bilik dan menghubungi teman lelakinya, Calvin Chong, 31 tahun, seorang pengurus perniagaan.

Calvin cuba menenangkan teman wanitanya ketika dihubungi pagi itu. (Kalau dia ada di rumah, confirm dah kena belasah lelaki tu!)

Kedua-dua mereka kemudian merancang untuk perangkap lelaki tersebut.

[sociallocker id=1666]

Rancangan kami dijalankan keesokan harinya. Teman wanita saya masuk ke dalam bilik air dengan berpakaian lengkap dan berpura-pura seperti mahu mandi sementara saya menyorok”

Tak lama selepas itu, lelaki tersebut muncul. Dia memanjat dan berdiri di atas sesuatu supaya dapat mengintai dengan lebih jelas”

Saya rakamkan setiap tindak tanduknya menggunakan telefon bimbit saya”

P2

[/sociallocker]

Pasangan itu kemudian membuat laporan polis di Bandar Kinrara minggu lalu dengan menggunakan video tersebut sebagai bukti. (Tindakan yang bijak!)

Tetapi apa yang mengejutkan, pegawai polis yang  bertugas ketika itu berkata dengan hanya menggunakan video tersebut tidak cukup untuk menangkap lelaki itu.

Saya sangat terkejut kerana video yang saya rakam sepanjang 52 minit itu jelas menunjukkan lelaki tersebut (rakan serumah Ooi) terang-terang sedang mengintai teman wanita saya”

Satu-satunya tindakan yang diambil pihak polis adalah menghantar surat kepada tuan rumah mengarahkannya untuk mengusir lelaki itu”, kata jelas Calvin Chong.

Menurut Calvin, teman wanitanya tu sedang trauma dan ketakutan jika lelaki tersebut mengambil gambar atau video nya dalam keadaan bogel.

Selepas tiada tindakan dari pihak polis, Ooi mengambil keputusan untuk berpindah tetapi mereka percaya bahawa lelaki tersebut masih tinggal di rumah sewa di Puchong itu.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.