in

‘Wanita’ Ini Adalah Lelaki Paling Cantik Di Thailand

Yoshi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kulitnya halus, putih dan gebu. Matanya yang cantik dan bersinar serta mempunyai tubuh badan yang langsing bak model antarabangsa pasti membuatkan ramai gadis di luar sana cemburu dengan kecantikan dimiliki tuan empunya badan, Yoshi.


Y9

Y3

Y8

Tetapi, Yoshi sebenarnya adalah seorang lelaki. Berasal dari Thailand dan sangat terkenal kerana mendapat gelaran sebagai salah seorang lelaki paling cantik di negara tersebut.

[sociallocker id=1666]

Dengan kecantikan yang dimilikinya, tidak hairanlah media Thailand turut menyenaraikan Yoshi di dalam barisan lelaki paling cantik di negara kelahirannya itu. Disebabkan itu juga foto-foto Yoshi tersebar luas di internet dan mendapat perhatian ramai di sana.

Y2

Y6

Y7

Cantiknyaaa.. Kalah perempuan okaaayyyy! Hahaha

Menurut Yoshi, beliau belum pernah membuat pembedahan perubahan di bahagian kelamin. Yoshi turut berkata kecantikannya adalah semulajadi kerana satu-satunya perubahan yang dilakukan pada dirinya adalah di bahagian bibir. Tiada perubahan pernah dilakukan di mana-mana bahagian lain di mukanya.

[/sociallocker]

Apabila ditanya jika beliau ingin melakukan pembedahan perubahan kelamin, beliau hanya berkata ia bergantung ke mana haluan hidup akan membawanya suatu hari nanti. Yoshi berkata beliau yakin bahawa dirinya adalah seorang perempuan kerana membesar dengan persekitaran yang dikelilingi kanak-kanak perempuan sejak kecil.

Y1

5

4

Y5

Siapa sangka dengan wajah secantik ini, Yoshi sebenarnya dilahirkan sebagai seorang lelaki dan berubah menjadi perempuan yang boleh dikatakan mampu memberi saingan atau dibandingkan dengan perempuan ‘asli’ di negaranya.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.