in

Wanita Dakwa Jadi Mangsa Perkosa Siak Di Bilik Jenazah Rupanya Ada ‘Plot Twist’? Polis Serah JAIM Siasat

Diperkosa Siak Bilik Jenazah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular di media sosial mengenai dakwaan seorang jemaah wanita menjadi mangsa perkosa melibatkan seorang siak yang berlaku di bilik jenazah sebuah masjid di Melaka.

Dakwaan itu pula mengatakan imam masjid berkenaan dikatakan telah mengambil tindakan menggantikan siak yang baharu bagi menutupi kes tersebut.


Bagaimanapun, dakwaan tersebut dinafikan oleh pihak polis selepas melakukan siasatan menyeluruh.

Img 20260603 Wa0104 1024X573 1

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung dakwaan itu pada jam 9.12 pagi semalam daripada seorang wanita berusia lingkungan 50-an yang mendakwa menjadi mangsa cabul dan rogol berulang kali oleh seorang lelaki berusia 48 tahun. Namun, hasil siasatan mendapati tiada unsur jenayah dalam kes berkenaan.

“Keterangan yang diperoleh menunjukkan tiada sebarang elemen paksaan, sekali gus gagal membuktikan kewujudan unsur jenayah berkenaan,” katanya.

Artikel berkaitan: Polis Terima Aduan Remaja Lelaki Jadi Mangsa Gangguan Seksu*l Siak Masjid

Artikel berkaitan: “Ini namanya kawan-makan kawan” Suami Tetak Jiran Sampai Mati Sebab Perkosa Isteri Dalam Rumah

Sehubungan itu, kes berkenaan telah diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bagi membolehkan tindakan lanjut dilakukan di bawah Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman mengesahkan seorang siak di masjid terbabit telah meletakkan jawatannya pada Mei lalu.

Namun katanya, pihak masjid tidak dapat mengesahkan punca peletakan jawatan tersebut.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.