in

“Ini namanya kawan-makan kawan” Suami Tetak Jiran Sampai Mati Sebab Perkosa Isteri Dalam Rumah

Bacaoks

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebelakangan ni makin banyak pula serangan seksual yang berlaku terhadap kaum wanita. Tidak kira lah apa status dia, sama ada bujang atau pun sudah berkahwin. Masih ada juga individu yang tidak berhati perut memperkosa mereka.

Terbaru, seorang lelaki telah dilaporkan meninggal dunia akibat ditetak berkali-kali disebabkan oleh tindakannya memperkosa isteri jiran merangkap kawan baiknya sendiri.


Bacok 1
Sumber: inews. Id

Menurut portal iNews.id, kejadian ini berlaku ketika suami mangsa yang dikenali sebagai Nanang, 25, sedang berniaga di pasar.

Mangsa yang dikenali sebagai Slamet Widodo, 25, dikatakan telah memperkosa Juliana, 22, sebanyak dua kali pada sebelum ini dan buat kali ketiga semasa suaminya pergi berniaga menjual pakaian di pasar.

Kejadian ini berlaku di Desa Pondok Wuluh, Kecamatan Leces, Kabupaten Proboliggo.

Mangsa juga dikatakan merupakan jiran dan juga kawan baik kepada suami Juliana. Dia juga selalu datang melepak ke rumah mangsa kerana di rumah itu terdapat rangkaian wifi.

Kelakuan mangsa diketahui apabila suami mangsa pada ketika itu tiba-tiba pulang ke rumah dan mendapati bahawa motosikal milik mangsa berada di hadapan rumah.

Dengan penuh rasa marah, Nanang segera masuk ke dalam rumah dan menyergah perbuatan lelaki itu sebelum dia menetak lelaki tersebut dengan menggunakan sabit secara berulang kali.

Slamet dikatakan meninggal di tempat kejadian akibat kena tetak.

“Slamet pada ketika itu sudah membuka pakaian dan dalam keadaan hendak merogol isteri Nanang namun belum sempat melakukan apa-apa disebabkan Nanang pulang ke rumah” kata polis.

Mayat mangsa di bawa ke hospital bagi tujuan bedah siasat.

Hurm, ini memang betul kawan makan kawan ni. Sampai hati betul dia buat macam tu dekat kawan sendiri.

 

Baca: “Dah banyak kali sampai sekarang tak dapat restu” – Ayah Perkosa Anak Sebagai Syarat Kalau Nak Jadi Wali Untuk Nikah

Hakdajwqodqm As

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.