in

Wanita ‘Crash’ Perkahwinan Bekas Kekasih Tapi Dapat Jadi Bini No. 2, Siap Dapat Restu Isteri Pertama!

Wedding Crasher

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada lewat bulan Julai lalu, media Indonesia melaporkan satu berita yang agak pelik dimana seorang lelaki dilaporkan telah menikahi tunang dan bekas teman wanitanya pada masa yang sama selepas ‘ex-girlfriend’ lelaki itu menerjah majlis perkahwinannya.


This Is Why We Wear Wedding Rings On Our Fourth Finger 89347702 Karen Grigoryan Ft E1628911134328
Gambar hiasan

Memetik portal TimesNowNews, Yunita Ruri, 21, datang ke rumah pengantin lelaki, Korik Akbar, 20, semasa dalam proses untuk menikahi tunangnya, Nur Khusnul Kotimah, 20 di Lombok Tengah.

Pun begitu, apabila tiba di rumah Korik, pasangan mempelai dikejutkan dengan kehadiran Yunita yang turut meminta Korik menikahinya. Difahamkan, Yunita meminta untuk menjadi isteri kedua Korik selepas mengaku tidak boleh move on daripada hubungan mereka yang sudah putus. Difahamkan, Korik dan Yunita sudah berkenalan sejak 2016, lapor Oddity Central.

“Bekas kekasih suami mengetahui tentang perkahwinan kami melalui media sosial selepas ramai rakan-rakan mengucapkan tahniah. Disebabkan itu, dia muncul di rumah Korik beberapa minit selepas kami tiba dan meminta untuk menikahi Korik,” jelas Khusnul Kotimah.

Jelas Korik dia terkejut dengan kehadiran Yunita namun, setelah berbincang dengan keluarganya, Korik mengambil keputusan untuk menikahi Yunita dan Khusnul Kotimah pada masa yang sama. Lebih mengejutkan, keputusan terbabit juga dipersetujui Khusnul Kotimah.

Korik Akbar E1628910945177

“Mas kahwin untuk kedua-dua isteri saya juga ditetapkan sama iaitu 1.75 juta rupiah,” kata Korik.

Kata Khusnul Kotimah pula, walaupun dia tak mengenali Yunita, mereka berdua bersedia untuk bekerjasama.

Pun begitu, memetik laporan sumber, penyatuan kontroversi tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen Indonesia. Malah, Korik juga memberi amaran kepada lelaki lain untuk tidak mengikut jejak langkahnya kerana mereka akan berhadapan kesukaran untuk menampung kehidupan kedua-dua isterinya.

Difahamkan, Korik yang menganggur akan mencuba nasib untuk bekerja di Malaysia. Kedua-dua isterinya yang juga tidak bekerja pula dilaporkan akan menguruskan hal-hal di rumah.

Sumber: Oddity Central, TimesNowNews

Baca: Wanita ‘Crash’ Majlis Perkahwinan Bekas Kekasih Pakai Gaun Pengantin Sambil Merayu Minta Maaf

Feat 9 E1628910851437

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.