in

Wanita ‘Crash’ Majlis Perkahwinan Bekas Kekasih Pakai Gaun Pengantin Sambil Merayu Minta Maaf

Feat 9 E1628910851437

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ingatkan benda ni jadi dalam filem-filem Hollywood je. Rupanya in real life pun ada!


Satu video tular di China menunjukkan seorang wanita menarik tangan bekas teman lelakinya, melutut dan menjerit, “Semua ni salah saya.”

Menurut Mirror, video ini pertama kali dikongsikan oleh seorang blogger hiburan sebelum ditularkan oleh media tempatan.

Insiden dramatik ini dikatakan berlaku sebelum pengantin lelaki nak cium isteri yang baru dikahwininya itu.

0 Wedding

Namun, momen romantis mereka dirosakkan dengan jeritan bekas kekasih pengantin lelaki ini yang datang dengan gaun pengantin mungkin dengan harapan lelaki tersebut akan maafkannya dan berkahwin dengannya. Dah prepare siap-siaplah orang kata.

Pengantin perempuan yang terkejut dan marah dengan tindakan bekas kekasih suaminya ini telah turun dari pentas meninggalkan mereka.

Lkhj

Malang untuk wanita tersebut, bekas teman lelaki yang turut terkejut dengan tetamu tak diundang ini turut turun dari pentas untuk mengejar isterinya dan meninggalkan bekas teman wanitanya menangis bersendirian di atas pentas. Tragis, cinta tak kesampaian.

Dengar cerita, lelaki ini meninggalkan bekas kekasihnya ini kerana mereka mempunyai personaliti berbeza. Tak serasi bersama lah ni yalls.

Bak kata P.Ramlee, barang yang lepas hai jangan dikenang, kalau dikenang, meracunlah diri. Ye dok?

Baca: “Aku kena tampar, kena tolak kepala, kena maki” – Lelaki Pukul Kekasih Untuk Sorok Kecurangan

Screenshot 2019 04 09 At 6.24.38 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.