in

Wanita Buat Laporan Polis Terjumpa Bayi Dalam Tandas Di Stesen Minyak Tapi Rupanya Bayi Sendiri

penemuan bayi dalam tandas stesen minyak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita berusia 21 tahun di Bongawan, Papar di Sabah telah ditahan polis beberapa hari lalu susulan wanita itu menemui seorang bayi lelaki di dalam tandas di sebuah stesen minyak di daerah tersebut, lapor Harian Metro.

Difahamkan, wanita itu pada mulanya telah membuat laporan polis mengenai penemuan bayi cukup sifat tersebut di dalam tandas stesen minyak itu.


Namun, hasil siasatan polis telah mengesyaki bahawa wanita itu adalah ibu kepada bayi berkenaan.

23

Artikel berkaitan: “Haiwan pun pandai jaga anak sendiri” – Bayi Baru Lahir Dijumpai Di Longgokkan Sampah

Artikel berkaitan: “Diletak elok dalam bekas” – [VIDEO] Tukang Cat Terjumpa Bayi Dibuang Berhampiran Pusat Tahfiz

Ini kerana rakaman CCTV di stesen minyak itu mengesyaki bahawa wanita itu mempunyai kaitan dengan bayi berkenaan.

gambar hiasan baby
Gambar Sekadar Hiasan

Kejadian tersebut telah berlaku sekitar jam 1.20 pagi.

Difahamkan lagi, bayi itu telah dibawa ke Hospital Papar untuk diperiksa oleh doktor dan kini sedang berada dalam keadaan stabil manakala untuk siasatan lanjut, polis telah menahan wanita tersebut.

Setakat ini, bayi lelaki tersebut masih lagi dipantau oleh pihak hospital.

Sumber: Harian Metro

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.