in

“Haiwan pun pandai jaga anak sendiri” – Bayi Baru Lahir Dijumpai Di Longgokkan Sampah

Bayi Di Longgokan Sampah 1

Kes pembuangan bayi dilihat semakin kritikal apabila kerap kali kita dengar dan lihat penemuan bayi sama ada hidup atau mati dibuang di tempat pembuangan sampah.

Begitulah situasi yang dirakam baru-baru ini apabila seorang individu menjumpai seorang bayi masih hidup di kawasan longgokan sampah. Lebih memilukan, bayi tersebut dijumpai berbungkus dalam plastik sampah berwarna hitam.

Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @harrybarni73, kedengaran suara bayi di sekitar kawasan longgokan sampah. Kemudian, individu terbabit menjumpai bungkusan plastik berwarna hitam lalu membukanya.

Screenshot 2023 03 23 160858

Ternyata, di dalam plastik itu terdapat seorang bayi yang cukup sifat. Bayi itu kemudiannya dibawa ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.

“Sampai hati buang bayi macam ini!!! Tiada nilai untuk manusia,” tulis kapsyen video itu.

Difahamkan, kejadian berlaku di Kampung Sungai Raya, Kalimantan Barat, Indonesia. Menurut sumber, bayi tersebut dipercayai ditinggalkan oleh ibunya sebaik sahaja bersalin dan berusia kira-kira 12 jam ketika ditemui.

Tindakan membuang bayi itu telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan pengguna media sosial.

Ada yang mempertikaikan tindakan tersebut lebih baik sekiranya diserahkan kepada orang lain berbanding dibuang sebegitu. Dalam pada itu, netizen juga bersyukur bayi terbabit sempat diselamatkan.

Screenshot 2023 03 23 160425

Kenapalah manusia boleh sekejam ini…

Baca: “Saya tiada pilihan” – [VIDEO] Ramai Simpati Lihat Bapa Bawa 4 Orang Anak Bekerja Jahit Kasut

Bapa Bawa Anak Jahit Kasut

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok