Kira-kira jam 8 pagi, seorang lelaki yang ingin melakukan kerja mengecat di sebuah sekolah tahfiz terkejut apabila dia menjumpai seorang bayi lelaki yang dipercayai baru lahir berhampiran dengan pusat tahfiz yang terletak di Kampung Raja, Besut itu.
Bayi tersebut diletakkan dalam satu bekas berwarna merah, berselimut dan ada lampin pakai buang diletakkan di tepinya.
Bayi lelaki dibuang berhampiran pusat tahfiz
BESUT – Seorang lelaki terkejut menemkan bayi dipercayai baru dilahirkan di wakaf rehat berhampiran sebuah pusat tahfiz di Kampung Raja di sini hari ini.
Dia menjumpai bayi lelaki itu sewaktu sedang mengecat di dalam premis di pusat… pic.twitter.com/lkgbnplsrm
— MYNEWSHUB (@mynewshub) August 29, 2023
Menurut Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad, seorang lelaki berusia 24 tahun menjumpai bayi tersebut di wakaf luar pagar sebuah pusat tahfiz dan dia kemudian terus menghubungi polis sekitar jam 9.20 pagi.
“Lelaki itu juga menyatakan tidak nampak sesiapa yang meletakkan bayi berkenaan. Lokasi bayi ditinggalkan itu berada di tepi jalan laluan utama serta tidak dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV).”
“Bayi itu telah dibawa ke Hospital Besut bagi mendapatkan rawatan lanjut. Hasil pemeriksaan doktor, bayi tersebut cukup sifat dan stabil tetapi kekurangan oksigen. Anggaran kelahiran dalam tempoh 48 jam dengan berat 2.6 kilogram.”
Katanya lagi kepada Sinar Harian, hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat jangkitan kuman pada tali pusat bayi berkenaan. Tambah beliau, polis kini sedang menyiasat untuk mengenal pasti suspek.
Menerusi platform X, video ini telah meraih lebih daripada 1,300 jumlah perkongsian, tidak dinafikan ada yang mengecam tindakan ibu bayi tersebut kerana ‘lepas tangan’ dalam menjaga anak dan ada juga yang menganggap mungkin keadaan telah memaksa ibunya melakukan tindakan sedemikian.
Apapun, tunggu perkembangan lanjut daripada pihak polis mengenai kes ini.
Baca : “Nasib baik cepat jumpa” – Pekerja Kontraktor Jumpa Bayi Tepi Tong Sampah Di Kuching