Baru-baru ini terdapat satu kajian yang mendapati bahawa rakyat Malaysia berada di tangga ketiga dalam senarai ketagihan telefon pintar paling teruk di dunia.
Namun, seorang ibu di Amerika Syarikat ini pula telah membuat cabaran di mana anak lelakinya perlu mengelakkan diri daripada menggunakan media sosial, lapor CNN.
Difahamkan, Lorna Goldstrand Klefsaas telah mencabar anaknya itu bermula tahun 2016 iaitu ketika anaknya, Sivert itu berusia 12 tahun. Pada ketika itu, dia berjanji dengan anaknya jika Sivert boleh selesaikan cabaran tersebut, dia akan diberi ganjaran wang tunai.
Enam tahun berlalu dan kini Sivert yang dah berusia 18 tahun akhirnya berjaya menamatkan cabaran tersebut. Jadi, Lorna juga telah menunaikan janjinya untuk menghadiahkan duit sebanyak $1,800 (lebih kurang RM7,520).
Menurut Sivert, cabaran itu tidaklah susah sangat sebab ketika berusia 12 tahun pun memang dia tak guna sangat Instagram atau Facebook. Katanya, dia hanya ada akaun Snapchat sahaja sebelum dicabar oleh ibunya untuk hentikan penggunaan media sosial.
Lorna pula berkongsi bahawa dia mendapat idea untuk membuat cabaran itu kerana ada terdengar di radio tentang kisah seorang wanita yang memberi ganjaran kepada anak perempuannya jika dia boleh hentikan penggunaan media sosial sehingga berusia 16 tahun.

Sivert juga mengatakan sepanjang tempoh tersebut, rakan-rakannya yang banyak memberitahunya tentang trend terkini di media sosial.
Aplikasi pertama yang dia nak muat turun lepas dah habis cabaran ini ialah Instagram manakala wang ganjaran itu pula akan digunakan untuk beli sesuatu untuk dorm di universitinya nanti.
Lorna juga ada kongsikan tentang kejayaan cabaran itu di Facebook dan ada beberapa ibu bapa lain yang dilihat turut berminat untuk buat cabaran yang sama dengan anak mereka.
Paling penting, wanita berkenaan mengatakan dia bukannya tak suka media sosial cuma dia mahu mengajar anaknya agar boleh menggunakannya dengan cara yang sihat.
So, amacam korang? Agak-agak boleh ke korang tak guna Twitter, FB dan IG selama 6 tahun macam dia ni?
Sumber: CNN
Baca: “Boleh tak suka tapi jangan menghina”- Netizen Kutuk Perangai Individu ‘Face Shaming’ Gadis Ini