in

“Boleh tak suka tapi jangan menghina”- Netizen Kutuk Perangai Individu ‘Face Shaming’ Gadis Ini

Fi Anjing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perbuatan menghina dan merendah-rendahkan orang lain adalah satu perbuatan yang sangat terkutuk. Tidak kira sama ada secara bersemuka ataupun melalui media sosial sekalipun, ia boleh dikira sebagai buli.

Antara isu yang menjadi perhatian ramai masa kini ialah ‘body shaming’ dan ‘face shaming’. Sesiapa sahaja takkan terlepas dengan isu ini. Tak kira lah orang tu cantik atau tak, kurus atau tak, mulut orang kita tak boleh nak tutup. Ada je yang tak kena. Tapi sebenarnya, orang-orang macam ni lah yang selalunya menjadi toksik dalam masyarakat.


Seperti isu yang tular baru-baru ini berkenaan seorang gadis dari negara seberang, Indonesia. Dia telah menjadi mangsa ‘face shaming’ di media sosial TikToknya akibat mukanya yang terlihat unik.

Gadis asal etnik Buton ini mempunyai keunikan mata berwarna biru dan sedikit rambut putih di bahagian depan menyebabkan ada individu yang menghinanya dengan mengatakan mukanya seperti anjing.

Videonya itu telah mendapat perhatian warga Twitter sehingga ramai yang bengang dan mengutuk perbuatan ‘face shaming’ individu berkenaan.

Komen Anjing 8

Komen Anjing 7

Gadis bernama Rhemisyeli berumur 18 tahun ini sebenarnya menghidap Sindrom Waardenburg yang menyebabkan salah satu masalah seperti hilang tahap pendengaran kongenital dan kurang pigmentasi yang mengakibatkan mata menjadi biru terang (satu mata biru atau satu mata coklat), atau tompok kulit dan rambut cerah.

Hanya kerana fizikalnya yang unik, sampai macam tu sekali dia dihina. Korang kat luar sana jangan lah biasakan habit macam ni. Semua ciptaan Tuhan itu cantik dan ada keistimewaannya… 

Sumber: Twitter & TikTok

Baca: Jelek, gendut!- Aaron Chia Kena Body Shaming Dengan Fans Indonesia Undang Marah Netizen

Baca Anjing

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.