in

Kajian: Malaysia Di Tangga Ke-3 Dalam Senarai Ketagihan Telefon Pintar Paling Teruk Di Dunia

Cats 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika dahulu telefon pintar hanyalah kehendak, harus diakui kini telefon pintar boleh dikatakan sebagai keperluan untuk kita semua kerana banyak urusan yang boleh dilakukan melalui gadget itu.


Daripada penggunaan media sosial, sehinggalah untuk membuat urusan pemindahan wang dari satu bank ke bank yang lain, telefon pintar memainkan peranan yang sangat penting dalam hidup kita.

Bagaimanapun, penggunaan telefon pintar secara berterusan boleh membawa kepada masalah yang lain iaitu ketagihan. Pada hari ini, masalah ketagihan penggunaan telefon pintar merupakan salah satu masalah global.

Phone Addiction Scaled 1
Gambar sekadar hiasan

Satu kajian telah dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti McGill, Kanada, berkenaan penggunaan telefon pintar melibatkan 34,000 peserta dari 24 buah negara. Untuk rekod, kajian ini merekod data dari tahun 2014 ingga 2020.

Hasil kajian mendapati penduduk negara China mengungguli carta sebagai pengguna telefon pintar yang paling ketagih di dunia. Di tangga kedua pula diduduki oleh Arab Saudi.

Amerika Syarikat pula berada di tempat ke lapan belas. Satu rekod yang agak mengejutkan memandangkan negara ini adalah rumah kepada media sosial dan teknologi popular seperti Facebook dan Apple.

Selain itu, hasil kajian turut mendapati Malaysia berada di tangga ketiga dalam senarai ketagihan penggunaan telefon pintar di dunia. Dalam bahasa mudahnya, rakyat Malaysia mempunyai masalah ketagihan melampau dan kebergantungan tinggi terhadap telefon pintar.

1 4

Kajian ini dikongsikan menerusi jurnal Computer in Human Behaviour dan memfokuskan kepada pengguna muda berusia dari 15 tahun hingga 35 tahun dengan purata umur 28.8 tahun, serta majoriti daripada mereka ialah wanita.

Kajian ini dapat membuka mata kita semua bahawa kadar kebergantungan yang tinggi kepada telefon pintar bukan sahaja mempengaruhi kecerdasan otak, malah akan mendorong kepada masalah kesihatan mental dan fizikal.

Kredit: Daily Mail

BACA: Kajian: Rakyat Malaysia Kena Kerja 30.3 Hari Untuk Beli iPhone 13 Pro, Singapura Pula 7.6 Hari

Cats 11

Sumber: Daily Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.