in

Wanita Asia Senang Cair Dengan Mat Saleh. Betul Ke?

Korea

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kecoh seorang vlogger YouTube dari Amerika Syarikat bernama Explorer Nick, dikatakan mengganggu wanita-wanita dari Korea Selatan dan ambil video tanpa kebenaran mereka.


Dia dengan bangganya tunjukkan senangnya nak mengorat gadis Asia

Dalam video terbarunya, Nick berkongsi rakaman ‘kejayaannya’ menundukkan seorang gadis sewaktu dalam penerbangan.

Korea 3Sumber: NextShark

Nick juga dilihat cuba dapatkan maklumat peribadi atau akaun Kakaotalk mereka, walaupun diorang waktu tu tengah berjalan-jalan atau sedang berdating dengan teman lelaki masing-masing.

Sudah tentu ni membuatkan orang tak selesa. Breach of privacy!

“Can I be your boyfriend? Look, I’m white. See I have white skin?”

Itu antara ayat manis yang digunakan Nick dalam cubaan mendapatkan minat wanita-wanita ini.

Korea 1Sumber: NextShark

Korea 2Sumber: NextShark

 

Bukan kali pertama Nick filemkan gadis-gadis

Dengan hanya memakai camera GoPro, dia menjalankan kegiatan ini sambil tunjukkan teknik tackle gadis Asia. Menurut laporan ini, ia bukan kali pertama Nick mengganggu dan filemkan gadis-gadis dari Asia untuk channel YouTubenya.

Dan nampak gaya, polis Korea sedang giat memburu Nick dan rakannya yang turut membuat perkara sama.

Ingat dia pelancong asing sesuka hati je nak kacau orang? Jaga-jaga, especially girls kat luar sana.

Untuk video penuh, tengok di sini:

https://www.youtube.com/watch?v=red8fcewz8Q

Sumber: YouTube

Baca: Aplikasi Ni Boleh Jadi ‘Penyelamat’ Kalau Dalam Bahaya

Page Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.