in

Walaupun saya masuk secara haram” – PATI Di Depoh Tahanan Kongsi Layanan Baik Diterima Dari Kerajaan

Collage 46

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pendatang asing tanpa izin yang ditahan di Depoh Tahanan Imigresen Belantik, Kedah mengatakan yang mereka diberikan layanan yang adil oleh kerajaan.


Menurut Bernama, pendatang asing ini diberikan kemudahan kesihatan, makanan dan minuman empat kali sehari dan lain-lain keperluan asas sementara menunggu masa untuk dihantar pulang.

Semasa ditemubual bagi operasi Ops Benteng, salah seorang dari mereka, Siti mengatakan yang dorang diberikan makanan yang cukup walaupun dia telah masuk ke negara ini secara haram.

Di sini, kami diberikan makanan yang cukup… Saya masuk ke Malaysia untuk bekerja bagi membantu anak saya berusia dua tahun di Indonesia.”

Immigran

Kalau korang nak tahu, Ops Benteng ini adalah operasi istimewa di bawah National Task Force (NTF) yang melibatkan beberapa pasukan lain seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan semua agensi penguatkuasaan daratan dan maritim negara bagi mengawal kemasukan secara haram.

Seorang lagi pendatang asing, Kyau dari Myanmar yang masuk ke Malaysia dengan berjalan kaki turut memuji layanan imigresen terhadap pendatang asing di depoh.

Dekat sini, semua disediakan termasuk makanan dan minuman. Saya ditahan tahun lepas kerana tak ada dokumen yang sah, sekarang saya sedang tunggu untuk dihantar balik ke Myanmar.”

Immigran 2

Pemeriksaan yang dijalankan di depoh tahanan tersebut turut menemui pasukan perubatan yang bekerja dari jam 8 pagi hingga 5 petang serta pondok telefon untuk pendatang asing ini menghubungi keluarga mereka.

Sementara itu, Pengarah Imigresen Kedah, Zuhair Jamaluddin mengatakan bahawa kerajaan telah menghabiskan sebanyak RM3 juta setahun untuk makanan dan minuman pendatang asing di depoh tahanan di Belantik ini.

Zuhair turut menambah, tahanan yang sakit akan dirawat di depoh dan jika ia melibatkan sakit yang serius, mereka akan dihantar ke hospital berhampiran.

Contohnya, kalau ada kes tahanan nak melahirkan anak di depoh, pihak imigresen akan membantu tahanan dengan memberikan kemudahan yang diperlukan.”

Setakat ini, seramai 1,187 pendatang asing tanpa izin yang sedang ditahan di depoh tahanan Belantik dan mereka semua sedang menunggu masa untuk dihantar pulang ke negara asal mereka.

 

Baca: “Kami menolak tuduhan ini” – Al Jazeera ‘Berkeras’ Pertahan Dokumentari Layanan M’sia Terhadap PATI Screenshot 2020 07 27 At 5.44.21 Pm

Sumber: The Edge
Sumber: Bernama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.