Seperti yang kita tahu, sekarang misi bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) sedang berlayar menuju ke Gaza. Terdapat beberapa rakyat Malaysia yang turut sertai misi bantuan kemanusiaan ini.
Kini pelayaran Global Sumud Flotilla telah memasuki hari ke-24. Pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu sukarelawan misi bantuan ini hadapi.
Sebuah hantaran oleh seorang sukarelawan Perancis bernama Thomas tular di Instagram memaparkan gambar seorang sukarelawan Malaysia dengan kapsyen yang sangat membanggakan.
Artikel Berkaitan: “Mr General ikut sekali ke?” – Hantaran Kolaborasi Malique & Zizi Kirana Jadi Tumpuan Netizen
Artikel Berkaitan: “Kami tidak akan gentar” – Diserang Dron, Aktivis Sumud Flotila Tidak Akan Berundur
Sukarelawan Malaysia yang bernama Abdul Rahim atau nama panggilannya, ‘Joe’ berumur 33 tahun mempunyai seorang anak berusia 3 tahun. Abdul Rahim merupakan teman sebilik Thomas sepanjang pelayaran mereka.
Di dalam kapsyen hantaran itu, Thomas memuji sikap toleransi dan kemajmukan yang diamalkan oleh Abdul Rahim. Beliau mengatakan, walaupun mereka berada di dalam satu kapal bersama komuniti LGBTQIA, perkara itu tidak menjadi satu masalah bagi Abdul Rahim.
“Beliau menunaikan wuduk dan solat 3 kali sehari (bukannya 5, kerana perjalanan flotilla ini amat panjang). Beliau secara harfiah berada dalam satu kapal bersama komuniti #LGBTQIA, dan perkara itu langsung tidak menjadi masalah buat dirinya mahupun mereka. Inilah yang dinamakan toleransi dan kepelbagaian budaya.” – tulisnya di dalam kapsyen hantaran tersebut
Thomas juga mengatakan, Abdul Rahim seorang pengurus ibadah Umrah dan Haji dan beliau juga turut menjual wangi-wangian daripada Mekah.
Thomas menambah, Abdul Rahim sanggup menjual keretanya demi membiayai penyertaan misi Global Sumud Flotilla ini.
Global Sumud Flotilla yang berlayar bulan ini menghimpunkan aktivis dan sukarelawan kemanusiaan dari pelbagai negara serta latar belakang, dalam usaha menamatkan sekatan bantuan ke atas Gaza.