in

Temberang Apa Pulak Kali Ni Wak Doyok?

Wak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak dua menjak ni macam tak putus-putus pulak cerita tak elok pasal Wak Doyok. Rasa macam baru je dengar pasal Wak Doyok kantoi guna gambar yang dicuri dari Google, kali ni ada lagi kisah pasal ikon fesyen ni menipu.


Menurut Media Hiburan, semalam Wak Doyok ada muat naik satu gambar kat Instagram dan mengumumkan yang pembantu peribadi sudah tidak lagi berkhidmat dengannya. Tapi lelaki yang dilihat mengelap peluh Wak dalam gambar tu adalah tak lain tak bukan Asyraf Mazlan.

1 9
sumber: instagram

Asyraf ni usahawan terkenal yang dulu pernah digosipkan bercinta dengan Elfira Loy dan dicanang mungkin menantu pilihan mak Elfira. Disebabkan Wak muat naik gambar tu dan tulis kapsyen macam tu, ramai faham yang Wak nak tunjuk bahawa Asyraf tu lah pembantu peribadi dia selama ni.

Tapi lepas tu, tiba-tiba Asyraf muat naik beberapa gambar kat instastory yang membuktikan sebaliknya. Kalau tengokkan gambar tu, Asyraf ni gayanya macam bukan pembantu peribadi Wak je.

135342M3D9Ergrqa9V1P1I
sumber: instagram

Asyraf ni rupa-rupanya antara pemegang saham terbesar dalam perniagaan jenama Wak Doyok bersama Datuk Seri Aliff Syukri. Laaah, Wak temberang lagi lah ni? Asyraf jugak siap tunjuk gaji dia dan mempersoal takkan lah gaji pembantu peribadi lebih banyak?

Dia juga ada buat pengumumam terbuka yang dia memang shareholder dalam syarikat tu. Share dia dalam syarikat tu lebih banyak dari share Wak Doyok pulak tu!

135342I41I6Jtikrb8Gk8T
sumber: instagram

Lepas Asyraf dah muat naik gambar-gambar tu semua, Wak memang kena bahan la dengan netizen. Dorang tak percaya yang Asyraf tu pembantu peribadi dan katanya Wak pulak yang nampak macam pembantu.

Paling pelik, ada yang cakap ni mungkin gimik marketing dorang je. Maklumlah sekarang ni semua orang nak buat gimik kan. Jadi mungkin ada betulnya dorang ni pun buat gimik jugak untuk perniagaan dorang.

Kutukwak
sumber: instagram
Gmik
sumber: instagram

Mana satu ni Wak? Cuba jelaskan elok-elok jangan pusing-pusing. Nanti kalau orang dah tak percaya susah tau.

Baca: “Malaysia memang ramai orang bodoh jadi kaya”

Skjlsc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.