in

Wajib Tukar MyKad Mulai 1 Jun? Ini Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Penukaran MyKad Baharu

Mykad Baharu 1 Jun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mykad versi baharu bakal diperkenalkan mulai 1 Jun depan dengan ciri keselamatan yang lebih canggih berbanding MyKad sedia ada.

Sehubungan itu, rakyat Malaysia diingatkan supaya tidak perlu berpusu-pusu menukar terus MyKad baharu pada tarikh tersebut.


Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang mengatakan tiada peruntukan yang mewajibkan pemegang kad pengenalan lama menukar MyKad mereka secara serentak sebaik sahaja versi baharu diperkenalkan.

“Undang-undang mengatakan setiap rakyat Malaysia apabila berumur 12 tahun wajib memiliki MyKad. Itu undang-undang. Tetapi undang-undang tidak mengatakan mulai 1 Jun apabila MyKad baharu dikeluarkan, pemegang MyKad lama wajib terus menukar kad mereka.

“Jadi apabila kita kata mulai 1 Jun kita akan memperkenalkan MyKad baharu dengan feature keselamatan baharu, itu yang kita maksudkan.

“Memiliki MyKad adalah satu kewajipan, tetapi tidak disebut semua rakyat perlu menukar kad secara serentak,” katanya.

KDN juga menegaskan MyKad sedia ada masih sah dan boleh digunakan seperti biasa selagi berada dalam keadaan baik serta memenuhi syarat perundangan semasa.

Difahamkan, golongan yang pertama kali mencapai umur 12 tahun dan membuat permohonan kad pengenalan selepas pelaksanaan sistem baharu akan menerima MyKad versi terkini secara automatik.

691821462 1422052226619712 5360545752024561652 N

Artikel berkaitan: “Lebih canggih” – Kad Pengenalan Lama Bakal Dimansuhkan, Ini Ciri-ciri MyKad Generasi Baharu

Artikel berkaitan: “Memang serba boleh” – Ramai Tak Tahu, Ini 5 Benda Yang Korang Boleh Buat Guna MyKad

MyKad baharu ada 53 ciri keselamatan

Untuk pengetahuan semua, MyKad wajah baharu ini akan dilengkapi dengan 53 ciri keselamatan berbanding 23 ciri pada MyKad sedia ada.

Antara ciri keselamatan itu ialah turihan laser, ultraungu, hologram, guilloche, teks mikro, kod respons pantas (QR) bagi tujuan penguatkuasaan dan cip dengan tahap enkripsi yang dipertingkatkan.

Screenshot 2026 05 08 170507

Bagaimanapun, MyKad baharu tidak akan dilengkapi dengan elemen Touch ‘N Go. Selain MyKad, MyPoCA dan MyTentera turut akan menampilkan versi baharu bulan depan.

Sumber: Facebook, Bernama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.