in

Viral Video Wanita Pukul Timbalan Pengarah Syarikat Dengan Mop, Dakwa Kena ‘Sexual Harrasment’

Ft Pukulbos

Sejak 11 April lalu, sebuah video menunjukkan seorang wanita di China memukul majikannya menggunakan mop tersebar dan viral di media sosial. Menurut laporan, majikan bernama Wang itu merupakan seorang penjawat awam dan memegang jawatan Timbalan Pengarah di sebuah pejabat di daerah Beilin.

Video berdurasi 18 minit itu menunjukkan salah seorang pekerja wanitanya, Zhou menjerit mendakwa Wang melakukan ‘sexual harrass’ terhadapnya. Bukan itu saja, Zhou turut menengking Wang kerana turut melakukan ‘sexual harrass’ terhadap ramai pekerja wanita di pejabat tersebut termasuk dirinya, melalui mesej.

Mop4

Zhou kemudian mengambil sebatang mop dan terus memukulnya berkali-kali di bahagian muka dan kepala sambil memarahi dan menengking Wang sepanjang melakukan perbuatan itu.

Wang yang hanya duduk di kerusi sambil mengelap air mengalir di mukanya itu kemudian boleh didengari berkata,

Saya tak bersalah, ia hanya gurauan. Boleh tak kamu lupakan.”

Menurut South China Morning Post, Zhou juga turut membuat panggilan telefon dan seorang wanita yang tidak dilihat di dalam kamera kemudian berkata,

Kamu rasa ini gurauan? Ia menunjukkan kamu mempunyai perangai yang buruk. Kamu tidak fikir ke apa akibat (daripada perbuatan kamu) terhadap pejabat?”

[Tonton video di sini]

Susulan video itu menjadi viral di media sosial tempatan, Wang dilaporkan telah dipecat dan pihak berkuasa telah mengeluarkan kenyataan mengatakan Zhou mempunyai masalah mental dan tidak dikenakan tindakan atau hukuman kerana memukul majikannya dengan mop.

Pihak kerajaan daerah Beilin sehingga kini masih memberi maklum balas mahu pun mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung insiden tersebut.

Baca: [VIDEO] 2 Pekerja Warga India Lari Tak Dibayar Gaji, Bos Bawak Geng 10 Orang ‘Culik’ Semula di Restoran

Ft Culikpekerja

Sumber: Youtube