in

[VIDEO] 2 Pekerja Warga India Lari Tak Dibayar Gaji, Bos Bawak Geng 10 Orang ‘Culik’ Semula di Restoran

Ft Culikpekerja

Dua lelaki warga India yang melarikan diri selepas tidak dibayar gaji telah ‘diculik’ semula oleh majikannya, semalam. Menurut Harian Metro, kejadian itu berlaku pada jam 2 petang di sebuah restoran di Brickfields ketika kedua-dua lelaki tersebut berada di situ.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar berkata secara tiba-tiba 10 orang lelaki muncul dan menarik keluar dua warga India terbabit secara paksa disaksikan pekerja restoran berkenaan.

Paksa1

Siasatan awal mendapati, sekumpulan lelaki berkenaan melakukan perbuatan itu untuk ‘mengambil semula’ dua warga India terbabit yang dipercayai pernah bekerja dengan salah seorang daripada mereka. Siasatan lanjut kini sedang dijalankan termasuklah mengenal pasti lokasi kedua-dua mangsa dilarikan, lapor Berita Harian.

Berdasarkan siasatan awal, kedua-dua mangsa ini adalah pekerja di sebuah restoran di Pandamaran, Klang, dan mereka melarikan diri selepas majikan gagal membayar gaji.”

Mereka yang dikenali sebagai Balamurugan dan Vadi Relu, menumpang di restoran di Brickfields.”

Polis Brickfields dilaporkan sedang bekerjasama dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, bagi mengenal pasti kedudukan suspek dan mangsa. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu melarikan orang dengan salah.

Terdahulu, tular rakaman CCTV di restoran berkenaan menunjukkan mangsa dilarikan oleh kumpulan lelaki berkenaan di mana tangan mereka ditarik secara paksa untuk pergi dari lokasi berkenaan.

 

Baca: [Video] Viral Pemandu Kereta ‘Naik Hantu’ Langgar Penunggang Motosikal Di Kedai Makan, Apa Kes Ni?

Kereta Moto

Sumber: Harian Metro