in

Viral ‘Sotong Ring Frozen’ Dibuat Dari Dubur Babi, Ini Penjelasan KPDNHEP…

Collage 43

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular dakwaan di aplikasi WhatsApp mengatakan bahawa sotong ring frozen berwarna putih yang dijual di pasaraya adalah diperbuat dari dubur babi.


Ekoran dari ini, Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menjalankan siasatan ke atas beberapa premis di sekitar Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Johor Bahru.

Pihak KPDNHEP juga turut menyita gegelang sotong serta beberapa dokumen perniagaan untuk membuat pemeriksaan dan siasatan di makmal.

Sotong9

Selepas sampel-sampel ini dikaji, Menteri KPDNHEP Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengesahkan tiada DNA babi yang dikesan pada sampel gegelang sotong sejuk beku seperti yang ditularkan, lapor Harian Metro.

Keputusan yang diterima mengesahkan tiada DNA babi dikesan di dalam sampel terbabit.”

Whatsapp Image 2021 07 08 At 11.20.18

Selain itu, Alexander turut menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati dalam menyebarkan maklumat lebih-lebih lagi mengenai isu halal kerana bimbang ia akan membuatkan orang ramai berasa was-was.

Sehubungan itu, KPDNHEP menasihatkan pengguna supaya berhati-hati ketika menyebarkan maklumat di media sosial termasuk isu berkaitan halal kerana ia boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan orang ramai.”

Untuk pengetahuan korang, dakwaan gegelang sotong sejuk beku ini dibuat dari rektum babi telah pun disebut-sebut sejak beberapa tahun lalu di Amerika Syarikat sebelum baru-baru ini tular di Malaysia.

Tak sangka orang-orang kat US pun boleh ingat benda ni dubur babi. Panjang bethollll

 

Baca: Tular Restoran Terkenal Di Penang Caj 2 Sotong Goreng RM100, Pemilik Tampil Beri Penjelasan

Restoran Hameediyah Sotong Goreng Rm100

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.