in

“Viral sikit nak serbu lepastu…” – Lebuhraya Bukit Kukus Dicemari Sampah Gara-gara Ramai ‘Berpiknik’

Collage 53

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang nak tahu, 13 Januari lalu Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus yang terletak di Paya Terubong telah pun dibuka secara rasmi untuk orang ramai.


Bukan itu sahaja, lebuhraya ini juga telah mencatat rekod sebagai lebuhraya paling tinggi di Malaysia dengan ketinggian 61.5 meter sekaligus menjadikannya ikon baharu negeri Pulau Pinang

1424516

Kerana ini, ramai orang yang melalui lebuhraya ini telah mengambil kesempatan untuk berhenti dan mengambil gambar di sana. Bukan tu je, dengar ceritanya siap ada yang berpiknik lagi hinggakan pihak berkuasa terpaksa menghalau pengguna-pengguna lebuhraya ini kerana bimbang berlaku kemalangan. Sejak bila pulak highway jadi tempat melepak ni?

Penuh dengan sampah sarap

Tak cukup dengan itu, baru-baru ini melalui Facebook, Penang Kini telah memuat naik beberapa gambar menunjukkan lebuhraya yang baru sahaja dua minggu dibuka ini telah pun dipenuhi dengan sampah sarap bekas makanan dan minuman.

Bodoh piang….ni la dikatakan minda low class….jijik dan tak bertamadun..Dah mai berhenti ambik gambaq..sampah bawak balik laaa. Pengotoq punya perangai? : MFadzil Fbo

Posted by Penang Kini on Saturday, January 22, 2022

Kalau nak difikirkan secara logik, memang tak adalah disediakan tong sampah di tepi-tepi highway sebab situ bukanlah tempat untuk orang makan dan minum. Tapi disebabkan tempat ini tular, orang ramai mula ambil kesempatan.

“M’sia belum berubah bab buang sampah merata”

Ekoran ini, ramai netizen telah meluahkan rasa tak puas hati mereka melihat keadaan lebuhraya baru itu yang dicemari dengan sampah.

Ada juga yang mempersoalkan tindakan orang ramai yang sanggup membahayakan diri untuk melepak di tepi lebuhraya semata-mata untuk bergambar.

Screenshot 2022 01 25 At 11.45.27 Am Down

Alamak, janganlah melepak dengan berhenti dekat situ. Kalau nak nikmati pemandangan, tengok je dari tingkap. Keselamatan diri tu lebih penting kan…

 

Baca: Jijik! Penyewa Dari ‘Neraka’ Tinggalkan Rumah Penuh Dengan Sampah Sarap

Screenshot 2022 01 25 At 12.02.19 Pm

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.