in

Viral Gambar Treler Bawa Kayu Balak Saiz Luar Biasa, Ini Penjelasan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang

Balak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, tular  di media sosial beberapa gambar yang menunjukkan sebuah treler membawa sebuah kayu balak dengan saiz luar biasa dan agak mencurigakan.


Perkara tersebut telah dinyatakan oleh seorang pengguna Facebook yang memberitahu dia telah melihat treler yang membawa muatan tersebut pada jam 5.50 petang (23 Mei 2021) dekat R&R Temerloh Arah Barat, Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

Menurut individu berkenaan, dia tidak pasti jenis pokok balak apakah itu namun melalui pengamatannya ia seperti pokok Cengal.

188650221 4893204417380004 8043685478757688588 N

Saiz pokok balak dengan saiz yang luar biasa tersebut telah menimbulkan beberapa kemusykilan yang menurutnya pokok balak dengan saiz tersebut hanya ada di kawasan hutan simpan dan sepatutnya dilindungi sepenuhnya.

Malah dia juga bimbang balak tersebut mungkin diseludup tanpa pemeriksaan atau bayaran cukai.

185793394 4893204344046678 594142533057009512 N

 

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang beri penjelasan 

Menurut Utusan Online, hasil pemeriksaan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) semalam mendapati, maklumat treler dan kayu yang dibawa adalah sama dengan apa yang dinyatakan dalam pas pemindah yang dikeluarkan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.

Muatan kayu balak itu juga katanya bakal dihantar ke sebuah kilang di Selangor.

KENYATAAN MEDIALAPORAN SEMAKAN ADUAN AWAM MENERUSI FB KHAIDIR AHMAD BERKAITAN 'KAYU BALAK SAIZ LUAR BIASA YANG…

Posted by Jabatan Perhutanan Negeri Pahang on Sunday, May 23, 2021

 

Dalam kenyataan rasmi JPNP juga memaklumkan, pihak mereka telah menahan treler yang viral tersebut di Hentian R&R Gombak arah barat.

Pejabat ini amat menghargai aduan yang dibuat namun berharap, agar ia disalurkan secara terus ke mana-mana jabatan atau agensi kerajaan bersesuaian termasuk JPNP agar tindakan pantas dapat diambil.

“Jabatan ini sentiasa peka dan bertanggungjawab terhadap semua aduan yang dilaporkan bagi memastikan tindakan tegas dan segera diambil demi menjaga memelihara khazanah hutan negeri,” kata kenyataan tersebut.

Semoga pihak berkuasa terus komited dalam memelihara dan memulihara hutan di negara kita ini.

Baca: “Gigih ukur & tanam satu-satu” – Pokok Di Hutan Ini Ditanam Ikut Bentuk Emoji ‘Smiley’

Pokok

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.