in

Viral Gambar Motosikal ‘Terbang’ Atas Peti Surat, Rupanya Ada Kisah Disebaliknya

Ft Moto Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular di media sosial sejak semalam berkaitan isu sebuah motosikal ‘terbang’ di atas peti surat gara-gara menghalang laluan utama penduduk di sebuah flat di Blok Akasia, Bayan Lepas.


Gambar motosikal jenis Yamaha LC itu menjadi viral selepas dimuat naik oleh pengguna media sosial yang memperlihatkan motosikal tersebut diparkir di atas peti surat di flat berkenaan kira-kira pukul 10 malam.

Moto 2

Difahamkan, motosikal berkenaan adalah milik seorang lelaki warga asing yang dipercayai baru dibelinya pada tahun lepas. 

Memetik laporan Kosmo!, seorang penduduk flat berhampiran yang dikenali sebagai Ahmad, 45, mendedahkan kejadian berlaku bukan berpunca daripada ‘sikap’ tak bertanggungjawab pemilik motosikal berkenaan. 

Sebaliknya, motosikal itu telah ditolak ke dalam petak kuning berkenaan oleh seorang pemilik motosikal lain yang mahu mengambil motosikalnya. Individu itu juga dikatakan tidak mengalihkannya semula ke tempat asal menyebabkan penduduk salah anggap dengan insiden tersebut.

Telah berlaku salah faham apabila orang awam menyangka pemilik motosikal Yamaha LC itu sengaja meletakkan dengan sesuka hati dalam petak kuning.

Walau bagaimanapun, ini bukanlah kejadian pertama motosikal diletakkan di petak kuning di situ sehingga menganggu laluan penduduk. Ada juga pemilik motosikal lain yang melakukan perkara sama.

Tindakan sedemikian memang mengundang kemarahan penduduk selain menghalang laluan utama mereka terutama apabila berlaku sebarang kecemasan.

Sebelum ini, tular di media sosial yang memaparkan beberapa keping foto motosikal tersebut diangkut naik ke atas peti surat berserta caption,

Dah lah parking kat line kuning, habis laluan pejalan kaki, lock moto pulak. 

Nah ini ja jawabnya. Setel problem. Pandai-pandai fikir lah ye. 

Moto 1

Posting tersebut berjaya meraih perhatian netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa bengang dan bersetuju dengan tindakan yang dilakukan ini dengan tujuan untuk memberi ‘peringatan’ kepada orang lain supaya tidak sesuka hati meletakkan kenderaan sehingga menyusahkan orang lain.

Setuju, setuju jugak. Tapi kesian dekat owner tak bersalah tapi dituduh pulak. 

Baca: Geng ‘Cyclist’ Buat Hal Lagi, Kali Ini Tinggalkan Kereta Di Kawasan Hospital Hingga Bas RapidKL Susah Nak Parkir

Baca Park

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.