in

Viral Foto Anggota Polis Merokok di Kedai Makan, IPD Subang Jaya ‘Buka Mulut’ Isu Tersebut

Ft Polis Hisap Rokok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita sedia maklum, bermula 1 Januari 2019, penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan telah dimulakan dan larangan penuh pada 1 Januari 2020 biarpun di premis terbuka. Mana-mana perokok atau pemilik premis yang ingkar boleh dikenakan kompaun, lapor MyHealth.


Bagaimanapun, baru-baru ini, tular di Twitter menunjukkan anggota polis dikatakan merokok di sebuah restoran di Subang Jaya, dikatakan  premis tersebut ada menunjukkan papan tanda larangan tersebut.

IPD tengah siasat

Menurut pengirim lagi, rakaman gambar itu dibuat oleh pengunjung yang dikatakan ada membawa bayi kecil.

Disamping itu, terdapat gambar zoom in di tangan anggota terbabit sedang menyembunyikan puntung rokok di bawah meja.

Polis Hisap Rokok

Polis Hisap Rokok 2

Susulan dengan penularan foto tersebut, pihak IPD Subang Jaya tampil memberikan keterangan dan menjelaskan bahawa insiden itu berlaku di sebuah restoran di kawasan SS15 pada tahun 2020 kira-kira jam 9.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Abd Khalid Othman berkata, foto dua anggota polis itu diambil oleh sepasang suami isteri bersama anaknya.

296343830 5024708354301445 1482026356629421257 N

“Pejabat ini memandang serius insiden tersebut dan satu siasatan tatatertib akan dijalankan untuk menyiasat dakwaan berkenaan.”

Katanya lagi, pihaknya telah mengarahkan Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard untuk melakukan siasatan.

Dalam pada itu, beliau mengatakan bahawa pihaknya mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai maklumat untuk salurkan kepada mereka melalui talian 03-78627100 (Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya) untuk tindakan lanjut dan identiti akan dirahsiakan.

Baca : “Rasa macam nak pijak” – [Video] Lelaki Buat Pekak Hisap Rokok Dekat Luar Walaupun Polis Dah Bagi Amaran

Collage 56

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.