in

“Rasa macam nak pijak” – [Video] Lelaki Buat Pekak Hisap Rokok Dekat Luar Walaupun Polis Dah Bagi Amaran

Collage 56

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari-hari, ada je video-video tular tunjukkan pihak berkuasa menyuruh orang yang masih degil duduk luar untuk balik rumah, duduk dekat rumah. Bila dah kena sound barulah nak terkedek-kedek balik.


Tapi, ada juga manusia-manusia yang degilnya nauzubillah! Walaupun dah kena sound, ugut, nasihat tetap juga buat macam takde apa yang berlaku.

Contohnya macam video yang dimuatnaik oleh seorang netizen ni. Dalam video ni, korang boleh tengok pihak polis dari dalam kereta telah memberikan amaran kepada seorang lelaki yang sedang telefon dan hisap rokok di luar rumah untuk balik.

Tapi, lelaki ni punya degil, dia buat bodoh je. Walaupun pihak polis sampai cakap nak tangkap pun dia buat tak layan je. Apa sebenarnya masalah orang-orang yang degil ni? 

Saya arahkan you balik sekarang sebelum saya tangkap.”

Kalau korang tengok video dekat bawah ni, korang boleh dengar betapa frustnya suara polis ni bila lelaki tersebut buat tak layan dengan amaran dan terus je cakap dalam telefon dan hisap rokok. Nak kata pekak, tengah berbual dalam telefon.

Selepas diberikan masa dan lelaki tersebut masih buat bodoh dan terus berdiri sambil sandar pada kereta, korang boleh tengok pihak polis cuba keluar dari kereta untuk buat sesuatu namun video terhenti setakat itu saja.

Screenshot 2020 03 23 At 1.53.37 Pm Down

Admin sebenarnya memang tak faham betul dengan orang-orang yang degil macam ni. Dah berapa ramai pihak polis yang kena jangkitan Covid-19 gara-gara hari-hari kena merayau macam-macam tempat sebab orang-orang macam ni tak nak dengar cakap. Macam budak-budak.

 

Baca: “Degil betul” – Ini Suasana Sebenar Pasar Air Itam, Pulau Pinang Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Dikeluarkan

Screenshot 2020 03 23 At 2.04.32 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.