in

“View sunset dia lawa gila” – [VIDEO] Nak ‘fefeling’ Makan Atas Langit? Jom Ke Dengkil, RM35 Sekali Dengan Meal!

Dengkil Gamuda Cove Aerobar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada sesiapa kat sini orang Dengkil atau pernah pergi ke Dengkil? Haa bagi yang tak tahu, Dengkil ini adalah satu daerah kecil di Sepang yang juga berdekatan dengan Cyberjaya dan Salak Tinggi.



Kalau sebut pasal Dengkil, mesti ramai ingat tak ada tourist attraction yang menarik pun kat sini kan? Tapi baru-baru ini, seorang pengguna TikTok @dedara.co ada mendedahkan sesuatu yang menarik…

 

Boleh makan atas langit di Dengkil 

Menerusi video yang dikongsikannya, dia bersama suami telah berkunjung ke Gamuda Cove Aerobar iaitu sebuah restoran tergantung di atas langit.

Restoran ini menurutnya, memberi pengalaman ‘dinner in the sky’ terhadap pengunjung dan sambil-sambil itu mereka juga berpeluang untuk melihat permandangan matahari terbenam di kawasan tersebut yang memang superb! 

@dedara.co

Tak sangka kat cyberjaya ada tempat macam ni 😭! Rm35 sekali meal. #fypシ #fypage #fypviral #gamudacove #discoverypark #cyberjaya #fypviral #fypviralシ

♬ original sound – cytō⛩ – Cyto

Caj masuk ke restoran tersebut termasuklah makanan hanya RM35 dan menurutnya lagi, restoran ini juga ada menyediakan pelbagai pakej lain dengan harga yang berlainan mengikut jenis makanan yang disediakan.

Gamuda 1

 

“Wow bestnyaaa” 

Video tersebut telah mendapat respon positif netizen yang rata-ratanya sudah merancang untuk ke sana.

Menurut pengguna TikTok ini, setakat ini restoran tersebut tak perlu booked dan kalau nak pergi boleh ‘walk-in’ saja sebab masih tak ramai yang tahu kewujudan kawasan itu. Tapi nampaknya lepas dah viral ni, korang kena plan time yang sesuai untuk pergi ye.

Best Gamuda Cove Aerobar

Korang juga boleh rujuk di sini untuk lebih maklumat lanjut mengenai Gamuda Cove Aerobar ni. 

Baca: “Boleh guna serta merta” – Kerajaan Selangor Bagi 10,000 Baucer Subsidi Pelancongan

Cuti

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.