in

Netizen Tak Puas Hati, Kerajaan Negeri Selangor Beli Kapal Korek 10 Juta Untuk Dijadikan Muzium

2Kapal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerajaan Negeri Selangor telah membeli sebuah kapal korek untuk dijadikan Muzium Perlombongan dan Kapal Korek di Dengkil dan dijangka siap tahun hadapan.

Memetik laporan Selangor Kini, pada bulan Jun 2022, Kerajaan Negeri memperoleh kapal korek biji timah antara terbesar di dunia seberat lebih 6,000 tan melalui Majlis Perbandaran Sepang dengan kos lebih RM10 juta. Hasrat Kerajaan Negeri adalah untuk menjadikan kapal korek itu sebuah muzium bersejarah sekali gus menjadi tarikan baharu kepada pelancong tempatan dan luar.


Namun, berita pembelian kapal korek itu telah mendapat reaksi negatif dari netizen yang rata-rata meluahkan kos pembelian itu boleh digunakan untuk tujuan yang lebih baik. Hal ini berlaku selepas @Twt_Cyberjaya memuat naik ciapan dibawah.

Screenshot 2023 02 25 At 1.00.25 Pm Screenshot 2023 02 25 At 1.00.34 Pm Screenshot 2023 02 25 At 1.00.46 Pm Screenshot 2023 02 25 At 1.00.54 Pm

 

Reaksi netizen

Seperti yang min cakapkan tadi, rata-rata netizen tak puas hati dan memberikan pandangan negatif terhadap usaha Kerajaan Negeri untuk membina Muzium Perlombongan dengan pembelian kapal korek ini.

Screenshot 2023 02 25 At 1.07.03 PmScreenshot 2023 02 25 At 1.07.35 PmDana yang diperuntukkan tu sebenarnya boleh digunakan untuk membaiki lampu jalan di sekitar Cyberjaya. Memang gelap pun jalan dekat Cyberjaya tu malam-malam. 

Screenshot 2023 02 25 At 1.07.22 PmPeruntukkan RM10 Juta tak pasti sekali dengan kos baikpulih atau hanya kos pembelian. Kalau nak baik pulih telan berapa juta pula belanjanya kan?

Screenshot 2023 02 25 At 1.08.13 PmMemang tak dinafikan untuk buat muzium tu adalah usaha yang bagus. Tapi ada perkara lain yang lebih utama untuk diambil perhatian. Contohnya, lampu jalan dan jalan yang rosak. 

Screenshot 2023 02 25 At 1.08.35 PmBaru tahu lokasi kapal korek ni dekat dengan tapak pelupusan sampah kering. Kalau nak pergi muzium ni nanti mungkin akan ada pencemaran bau. 

Baca: Kes Bunuh Di Cyberjaya Berleluasa,  Ini 5 Kes Yang Buatkan Ramai Seram Sejuk

Screenshot 2023 02 25 At 1.11.37 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.