in

“Boleh guna serta merta” – Kerajaan Selangor Bagi 10,000 Baucer Subsidi Pelancongan

Baucer Pelancongan Selangor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau serta Hal Ehwal Orang Asal negeri, Hee Loy Sian hari ini mengumumkan sebanyak 10,000 baucer subsidi pelancongan akan diberikan kepada orang ramai bagi menyemarakkan industri pelancongan di negeri Selangor.


Difahamkan, baucer subsidi Pelancongan Selangor tersebut boleh ditebus mulai 1 Oktober nanti melalui platform e-dagang Shopee dan difahamkan setiap satu bernilai RM100 dan ianya khusus untuk rakyat Selangor.

Menurut Hee lagi, baucer tersebut boleh ditebus dan digunakan serta-merta untuk di kesemua hotel, inap desa dan taman tema berlesen di Selangor bagi merancakkan semula pelancongan di negeri berkenaan.

Sky Mirror Selangor

Dalam masa yang sama, orang ramai disarankan untuk tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan Baucer Pelancongan Negeri Selangor 2.0 ini pada Oktober nanti.

Selain itu, ahli Parlimen Kajang tersebut menjelaskan bahawa inisiatif ini adalah kesinambungan daripada program yang sama dilakukan Januari lalu yang mana kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM2 juta yang mula diagihkan melalui sebuah lagi platform e-dagang iaitu Lazada dan eWallet Touch ‘n Go.

Selangor Voucher

Untuk pengetahuan, Disember tahun lalu, kerajaan Selangor telah melancarkan program Penebusan Subsidi Baucar Pelancongan bernilai RM200 setiap satu dan ianya membabitkan 10,000 baucar untuk menginap di hotel dan inap desa berlesen serta taman tema.

RM100 tu banyak jugak sebenarnya, kalau pandai cari, boleh cover penginapan untuk satu malam. 

Baca : Dah Boleh Rentas Daerah! 7 Tempat Berkelah & Staycation Menarik di Selangor Korang Boleh Pergi

Destinasi Percutian Di Selangor Sungai Hutan Menarik

Sumber: The Star
Sumber: Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.