in

Pensyarah UIA Maut Dijerut Suami Dengan Tudung Sebab Nak Proceed Cerai Lepas Suami Lafaz Talak

Collage 1

Dua hari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha, seorang lelaki telah menjerut isterinya sampai meninggal kerana tak mahu bercerai.

Menurut NST, mayat  pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini telah ditemui berhampiran tasik PKNS Pinggiran Cyberjaya pada jam 1.04 pagi hari Khamis lalu.

Dikatakan, pada Rabu lepas, suspek berusia 41 tahun ini telah menjerut leher isterinya menggunakan tudung yang di pakai sebelum memandu kereta mangsa ke tasik, alih mayat isterinya ke kerusi pemandu dan ambil dompet dan telefon bimbit sebelum tinggalkan kereta tersebut di sana dengan enjin terpasang.

Selepas tiba di rumah, suspek kemudiannya memesan perkhidmatan e-hailing dan mengajak anaknya berusia 14 tahun untuk cari ibu mereka yang “hilang”.

Suspek kemudiannya menelefon pihak polis selepas menemui kereta mereka tersadai di tasik tersebut dengan keadaan isterinya yang tak sedarkan diri.

116778238 1638919296285774 5091583668374150695 N

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff, pihaknya menerima panggilan telefon dari suspek pada jam 1 pagi.

Lelaki ini kemudiannya memberitahu pihak polis yang isterinya itu tak pulang ke rumah sejak jam 4 petang sebelum menemui mayatnya di tasik tersebut.

Penipuan suspek terbongkar bila siasatan awal mendapati pasangan ini mempunya masalah rumah tangga sejak 24 Jun lalu.

Siasatan yang dijalankan ke atas suami mangsa mendapati hubungan kedua-duanya mempunyai masalah kerana si suami ada melafazkan cerai pada 24 Jun 2020.”

Laporan bedah siasat pula mendedahkan yang mangsa meninggal dunia akibat dijerut di leher.

Suspek kemudian mengaku menjerut leher mangsa menggunakan tudung yang dipakai sehingga mati kerana marahkan isterinya yang tetap mahu bercerai.”

Whatsapp Image 2020 08 03 At 10.34.00 1

Kalau korang nak tahu, pasangan ni telah berkahwin sejak tahun 2005 dan mempunyai seorang cahaya mata berusia 14 tahun.

Lelaki ini kini sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan suspek ditahan reman sehingga 6 Ogos ini.

 

Baca: “Rasa isteri jauhkan diri” – Percaya Isteri Curang, Suami Bunuh Isteri Sebelum Larikan Diri Ke M’sia

Collage 51

Sumber: Facebook