Kalau beberapa hari lepas, Shuk memuat naik video menunaikan umrah bersama isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera, semalam netizen disajikan dengan video ‘sweet’ daripada pasangan ini.
Menerusi video yang dikongsikan Sera di TikTok, kelihatan hubungannya dengan Shuk semakin membaik apabila dia dilihat menyuap buah strawberi kepada Shuk sambil berlatar belakangkan Masjid Quba, Madinah.
@rossa.sera Alhamdulillah, permulaan yang baik buat 2023. Dijemput sebagai tetamu Allah? #fyp
Di dalam video itu juga, Shuk dilihat menerangkan info mengenai Masjid Quba yang dikatakan masjid pertama dibina Rasulullah SAW ketika tiba di daerah Quba.
Pasangan ini juga nampak mesra bersama sambil melawati beberapa tempat bersejarah di Madinah. Shuk juga sempat bagi pickup line pada Sera berbunyi,
Apa persamaan Masjid Quba dengan you?
Masjid Quba adalah masjid pertama yang dibina baginda Rasulullah, you adalah orang pertama yang kita bina rumah tangga bersama,” katanya.
“Shuk suami yang baik, dia buang ego”
Kebahagiaan pasangan ini telah mendapat pujian netizen yang mana rata-rata suka dengan sikap Shuk membuang egonya dan berusaha bersungguh-sungguh untuk kembali bersama Sera.
Apa-apapun marilah kita doakan semoga hubungan mereka ini kekal berpanjangan hingga ke akhir hayat.
Baca: “Kan elok macam ni” – Shuk Tunai Umrah Dengan Isteri, Netizen Doa Semoga Berkekalan