in

[VIDEO] Siap Ucap Alhamdulillah, Kanak-Kanak Palestin Masih Tersenyum Walaupun Rumah Dah Kena Bom

Cats 49

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebanyakan orang akan cakap rumah adalah tempat untuk diorang berlindung. Tapi, di Palestin, rumah pun tentera Israel serang. So, dekat mana tempat berlindung rakyat Palestin? Jawapannya tiada,sebab diorang akan kena serang dekat mana-mana sahaja. Jahat betul Israel kacau ketenteraman negara orang lain.


Bom yang dilepaskan oleh tentera Israel di Palestin tak pernah putus sehingga bom ini telah merobohkan salah satu rumah kanak-kanak perempuan Palestin ini.

 

Siap ucap Alhamdulillah

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik oleh JatIkhwan di Twitter sehingga mendapat lebih 40 ribu tontonna kurang dari 24 jam, video tersebut mengisahkan seorang kanak-kanak perempuan yang bercerita detik-detik rumahnya dibom oleh Israel ketika mereka berada di dalam rumah.

Terkejut bila dia masih mengucapkan Alhamdulillah ketika ditanya tentang khabarnya selepas rumah sudah habis runtuh terkena bom Israel. Boleh nampak riak wajah dia yang masih positif itu. Kanak-kanak Palestin memang dilahirkan berjiwa kental. Memang mantap!

Waktu rumah saya kena bom, habis semua tingkap pecah. Tiada apa yang tinggal.”

Walaupun dia cakap dia takut waktu rumah kena bom, tapi boleh nampak yang dia masih positif dengan berkata yang bila-bila akan ada orang datang untuk bina semula rumahnya yang sudah runtuh.

“Esok kami akan panggil orang untuk bina semula rumah kami.”

Cekal betul keluarga di Palestin, walaupun dah sudah berkali-kali diserang oleh tentera Israel.

 

Tetap menyokong Palestin

Di ruangan komen,rata-rata netizen masih kuat memberi sokongan kepada Palestin dan menentang sekeras-keras apa yang Israel buat dekat Palestin. Ramai juga yang ‘salute’ dengan kanak-kanak perempuan itu sebab dia tunjukkan yang dia kuat walaupun umurnya masih muda.

Capture 46

Semoga kemenangan diberikan kepada Palestin dan biarlah Israel koyak sampai bila-bila.

 

Sumber: JatIkhwan

Baca:Bendera Palestin Diarak Pada Final Piala FA, Rupanya Ada Kisah Disebaliknya

Capture 45

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.