in

[Video] Seram! Wanita Cari Kucing Hilang, Rupanya Tengah ‘Main’ Dengan Kelibat Berambut Panjang

Asyerammm E1630724412431

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bermulanya bulan Ramadan ini ingatkan dah tak adalah kisah atau pengalaman seram yang sering dikongsikan netizen di media sosial. Yelah kan bulan Ramadan ni semua hantu dan syaitan dah kena ikat… 


Namun semalam, seorang wanita memuat naik video di TikTok menceritakan pengalamannya terlihat sesuatu yang menyeramkan bersama kucing peliharaannya.

Menurut wanita tersebut semuanya bermula apabila dia ingin mencari dua ekor kucing yang tidak pulang ke rumah sekitar jam 1 pagi. Tapi dia terkejut apabila terlihat kucingnya yang berwarna putih itu berada di luar pagar bersama ‘kelibat’ berambut panjang. Aiikk sapa pulak tu… 

Nah korang tengok lah sendiri… 

@dianaonly_909

TENGOK smpai HAbis..nak post semalam takut..?..SMPAI skrg masih fkir tu sapa..#fypシ #atmix #pecintakucing #catlovers

♬ Sounds like a mystery music box – Yohei

Tanpa berlengah, wanita tersebut terus berpatah balik masuk ke dalam rumah kerana terkejut dengan apa yang dilihatnya.

 

“Sampai sekarang masih terfikir tu sapa…” 

Wanita itu kemudian memuat naik video asal tanpa sebarang efek atau filter atas permintaan netizen dan menjelaskan sebenarnya memang benar keadaan pada masa itu sedang hujan renyai-renyai.

Malah dia juga dalam keadaan terkejut dan tertanya-tanya siapakah yang menemani kucingnya semalam di luar rumah itu? Sudahlah berambut panjang lepas tu memakai baju putih pulak tu. Aiii lain machiam ni. 

@dianaonly_909

Reply to @rodeopurba full video dari first xdak cut2 ok..dup dap dup dap jantung bila tgk blk.#fypシ #atmix #takmentionsapapun #foryoupage

♬ original sound – ☘️?????? – ☘️??????

 

“Time sahur jugak la lalu fyp” 

Rata-rata netizen yang melihat video itu ternyata berasa meremang dan tidak senang duduk kerana ada yang melihat ia ketika waktu tengah malam dan sedang sahur. Apa-apapun mujurlah sekarang bulan Ramadan kan, kuranglah sikit rasa seramnya tu. 

Syeram

 

“Kucing tu ada bayang-bayang tapi benda tu takde bayang-bayang” 

Kucing 1

Eiii takotnyaaa… nasib baik admin tengok masa tengah pagi ni. 

Baca: “Bukan makhluk halus” – Ingatkan Hantu Rupanya Orang! Kelibat ‘Wanita Misteri’ Tolong Cari Mangsa Kemalangan Terjawab

Cari

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.