in

[VIDEO] Semalam Habis SPM Hari Ini Terus Kahwin, Netizen Teruja Remaja Cepat Jumpa Jodoh

Ft Lepas Spm Kahwin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkin ada dalam kalangan kita yang masih dilema dengan diri sendiri apabila bercakap tentang perkahwinan. Tapi kita harus tahu bahawa jodoh dan ajal adalah rahsia Allah SWT, cepat atau lambat sesuatu perkara itu kita harus akur dengan takdir dan ketentuan.


Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok yang dimuat naik oleh @harryzulhairi, memaparkan sebuah majlis perkahwinan yang baru sahaja diadakan di Johor.

@harryzulhairi

semalam pergi sekolah, hari ni pergi kawin….. #fyp #foryoupage #fypシ #fypシ゚viral #fypp #pelaminmersing #pelaminrompin #pelaminendau #malaywedding #kerjakawin #pelamindewan #pelamincanopy #pelaminnikah #pelaminmini

♬ original sound – ?KroNoLoC? – ?KroNoLoC?

Apa yang menarik perhatian netizen adalah, pengantin perempuan tersebut telah mendirikan rumah tangga sejurus selepas selesai menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada minggu lalu.

“Semalam pergi sekolah, hari ni pergi kawin,” tulisnya.

Menerusi video berdurasi satu minit itu, pada awalnya Zetty dilihat berpakaian lengkap seragam sekolahnya namun, dia kemudian dilihat telah menukar penampilan dan memakai busana pengantin yang berwarna biru ketika majlis pernikahannya.

Jurusolek pengantin tersebut, Nursyakila Wan Abdullah turut berkongsi beberapa keping foto di akaun Facebooknya setelah Zetty siap disolek untuk majlisnya itu.

Viral terus eh pengantin kitaa habis spm terus kwin…umur baru 18..suami 21 rezeki dia nikah awal…doa yg baik2 yg awk…

Posted by Nursyakila Wan Abdullah Nursyakila on Sunday, March 19, 2023

Enakmen Keluarga Islam dan Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] menetapkan had umur minimum perkahwinan bagi orang Islam adalah 18 tahun untuk lelaki dan 16 tahun untuk perempuan.

“The real habis SPM terus kahwin” – Netizen

Video yang dimuat naik ke TikTok itu telah meraih 1.9 juta jumlah tontonan dan mendapat hampir 200K jumlah likes dalam masa 3 hari, ketika artikel ini ditulis.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan tindakan wanita tersebut yang berjaya mendirikan rumah tangga pada usia yang muda. Selain itu, ada juga warganet yang berasa cemburu apabila mereka sudah berusia namun masih belum berkahwin.

Screenshot 2023 03 20 151156

Pehhh tahniah dekat adik ni! Semoga dimurahkan rezeki!

Sumber : mStar, TikTok, Facebook

Baca : Pengantin Wanita Kongsi Pengalaman ‘Kahwin Bajet’ Kos Bawah RM1K Sebab Tak Nak Membazir

Ft Pengantin Rm1K 728X383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.