in

[VIDEO] Selalu Nampak Serius, Netizen Terhibur Tengok Dato’ M Nasir Sempoi Menari TikTok

Ft Dato M Nasir Main Tik Tok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memang ketara dapat dilihat bahawa TikTok ini dah jadi trend dan ramai yang dah mula ‘main’, kadang-kadang orang yang kita tak sangka-sangka boleh boleh layan, macam Dato’ M Nasir ni.


Umumnya, kita kenal bahawa penyanyi lagu Mentera Semerah Padi ini merupakan orang yang berpewatakan serius, selalu kita dapat perhatikan menerusi penampilannya di kaca tv.

 

“Dalam ramai-ramai korang kenal siapa?”

Tetapi, baru-baru ini, beliau menjadi tumpuan netizen apabila ada satu rakaman video di TikTok memperlihatkan beliau menari bersama isterinya Datin Marlia Musa diiringni oleh beberapa individu.

Video yang dimuat naik oleh @hanafirosdi_hr88 ini telah meraih lebih daripada 300K jumlah tontonan dalam masa 4 hari.

Melihat video ini, Dato’ M Nasir dilihat menari begitu sharp sambil tersenyum, ramai netizen suka melihatnya kerana seperti melihat sisi lain dalam perwatakan beliau seperti mana yang kita selalu nampak.

@hanafirosdi_hr88

DALAM RAMAI-RAMAI KORANG KENAL SIAPA? HEHEHE. #fypシ #FYP #malaysia #tiktok #malaysia

♬ original sound – HANAFIROSDI_HR – HANAFIROSDI_HR

Dato M Nasir Main Tik Tok Dato M Nasir Main Tik Tok 2 Dato M Nasir Main Tik Tok 3

Dalam pada itu, netizen makin suka apabila ada video bloopers mereka semua terhibur termasuklah Dato’ M Nasir sendiri.

@hanafirosdi_hr88

LIHAT SIAPA PUNCA KENE BUAT BANYAK KALI. AHGHISAUU #tiktok #fypシ #FYP #tiktok

♬ original sound – HANAFIROSDI_HR – HANAFIROSDI_HR

Macam mana pun beliau pun manusia biasa, ada masa serius ada masa bersuka ria, mungkin sebab netizen jarang tengok Dato’ M Nasir ceria macam ni kot. Min pun ulang banyak kali tengok video ni.

 

Baca : “Sedapnya suara legend” – Nyanyian Bersahaja Dato’; Hattan & Dato’ M. Nasir Terima Pujian Netizen

2Mnasir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.