Orang ramai berada dalam kehairanan apabila pemandu sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton menghilangkan diri selepas terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Pasir Hor menghala ke Kubang Kerian.
Menurut Harian Metro, pemandu berkenaan telah menghilangkan diri dan pihak polis kemudian terus membuat pemantauan lebih kurang 3 jam namun tiada sesiapa yang muncul di tempat kejadian.
Patutlah lari….
Selepas membuat pemeriksaan, polis menemukan 50 kilogram daun ketum yang dibungkus dalam plastik hitam serta putih di dalam Mitsubishi Triton tersebut. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata,
“Anggota kami membuat pemantauan lebih kurang tiga jam dan mendapati tiada sesiapa yang tampil di tempat kejadian.”
“Seterusnya pemeriksaan dibuat di bahagian dalam kenderaan itu sebelum mendapati bungkusan plastik hitam dan putih yang mengandungi daun kehijauan disyaki ketum dengan anggaran nilai RM15,000.”
Sehingga kini belum ada pihak yang tampil membuat laporan berhubung kemalangan itu. Saya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menyalurkan maklumat denganmenghubungi mana-mana balai polis yang terdekat.
Pemeriksaan ke atas nombor pendaftaran kenderaan itu mendapati tiada rekod dilaporkan hilang dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. Tonton video ketika di tempat kejadian.
Tonton video ketika kejadian di sini.