Baru-baru ini, sebuah shopping mall baharu, Lalaport telah dibuka di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.
Bagi mereka yang dah pergi ke Lalaport, ramai yang mengakui shopping mall ini sangat luas dan siap ada padang kecil untuk pengunjung beriadah dengan keluarga tau!
Pun begitu, tak ramai yang tahu, Lalaport sebenarnya dibina di bekas tapak Penjara Pudu yang dahulu terkenal dengan pelbagai kisah seram.
Pintu mall tutup dan buka sendiri?
Netizen di TikTok @fiesha_honda telah berkongsi satu video yang dirakamnya semasa di mall tersebut yang menunjukkan satu kejadian aneh dan juga boleh membuat bulu roma korang merinding!
Menerusi video itu, dapat dilihat salah satu pintu di mall tersebut yang terletak di tingkat dua telah terbuka dan tertutup dengan sendirinya. Pintu tersebut juga bukanlah pintu automatik atau mempunyai sensor menurut pemilik video berkenaan.
@fiesha_honda Seram weyh petang2 dia main pintu 😨 #fyp #tiktokseram #berandatiktok
♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects
Aikk macam mana tu? Seremmm…
“Nothing supernatural about this”
Meskipun ramai yang mengakui kejadian tersebut ada kena mengena makhluk halus, seorang netizen di Twitter memberi penjelasan bahawa fenomena tersebut tidak ada kaitan dengan hantu atau apa-apa yang mistik.
Menurut @kalossharon di Twitter, bapanya pernah terlibat dalam projek pasang pintu dan perkara yang berlaku di dalam video itu menurutnya sangat normal disebabkan masalah engsel.
https://twitter.com/kalossharon/status/1490498244354646016
Malah dia juga senaraikan beberapa sebab lain lagi yang mengakibatkan pintu itu terbuka dan tertutup sendiri. Antaranya ialah ada kaitan dengan tekanan udara di luar dan dalam kawasan tersebut.
https://twitter.com/kalossharon/status/1490499901918412800
https://twitter.com/kalossharon/status/1490539003078406144
Meskipun telah membuat penjelasan, masih ada segelintir netizen yang berpendapat kejadian itu masih tidak masuk akal sehinggakan ada di ruang komen mengakui mereka terlihat kelibat makhluk halus sedang bermain pintu di mall berkenaan.
Namun diharapkan korang kat luar sana jangan pula takut nak ke Lalaport ni. Admin dah pergi sana pun dah tak ada apa-apa yang pelik berlaku. Jom weekend ni ke Lalaport!