in

“Hantu seperti donut gula?” – [VIDEO] Gelagat Kanak-Kanak Kena Prank Dengan Ayah Bikin Ramai Pecah Perut

F3 Prank Lala

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kanak-kanak dan gelagat mereka yang innocent memang tak dapat dipisahkan. Lagipun mereka ni jujur dan tak tahu menipu, kalau nak honest feedback memang patut tanya kat dorang je. 


Kali ini, kami nak kongsikan pula gelagat seorang kanak-kanak perempuan yang comel lepas kena prank hantu oleh ayahnya baru-baru ini. Video kanak-kanak tersebut telah menjadi perhatian ramai pengguna media sosial sebab reaksinya yang lucu.

@shabiraalulaadnan

Ampun LALAAAAAAAAAAAA ???#prank

♬ suara asli – Shabiraalula&Ayah – Shabiraalula&Ayah

Menurut Dream.co.id, kanak-kanak dari Indonesia yang dikenali sebagai Shabira Alula Adnan atau lebih mesra dipanggil Lala oleh keluarganya ini telah diusik oleh ayahnya yang menjadi ‘hantu’.

Dalam video TikTok berdurasi 53 saat itu, dapat dilihat bahawa ayah kanak-kanak itu memakai telekung serta memutihkan mukanya dengan mekap untuk menjadi ‘hantu’.

Prank Anak Lala 1

Si ayah kemudiannya menyembunyikan diri di belakang pintu bilik untuk menakutkan anaknya. Yang kelakarnya, Lala yang berusia tiga tahun terus beristighfar setelah melihat ‘hantu’ tersebut.

Hantu seperti donut gula?” katanya lepas tengok muka ‘hantu’ yang putih macam donut. 

Dia juga dilihat bertanya kepada ‘hantu’ sama ada hantu itu adalah ayahnya atau bukan. Apabila ditanya adakah dia takut dengan hantu, Lala hanya menjawab dia tak takut sebab dah baca doa. Masalahnya, doa yang dia baca tu doa makan, tu yang buat ramai orang terhibur dengan gelagat budak ni. 

Rupa-rupanya, video kerenah menghiburkan Lala sememangnya sering dikongsi oleh ibu dan ayahnya di TikTok dan Instagram. Pada mulanya, mak ayah dia hanya upload sebagai kenangan tapi dorang tak sangka pula keletah Lala akan mencuit hati ramai netizen lain.

Prank Anak Lala 2

Sebelum ini, Lala juga pernah tular selepas dia mengatakan mulut ayahnya berbau. Betul la orang kata budak-budak ni tak tahu menipu.

Boleh tengok video tu kat sini kalau korang perlukan sesuatu yang menghiburkan waktu hujung minggu ni.

@mexsyaa_08

#ad #fyp #fypシ #lawak #indahsekali #foryou #foryoupage #foryourpage #fy

♬ original sound – shaaaa ✨ – shaaaa ✨

Terhibur betul tengok Lala ni, dah la comel, petah bercakap pulak tu. 

Sumber: Dream.co.id, TikTok @shabiraalulaadnan

Baca: “Alahai sayangnya dia kat abg”- [VIDEO] Adik Perempuan Nangis Sedih Tengok Abang Kena Sunat 

Prank Anak 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.