in

[VIDEO] Pernah Naik Bot Ke Sekolah, Wanita Buktikan Berjaya Jadi Peguam Walaupun Tinggal Di Pedalaman

Wanita Pedalaman Jadi Peguam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mencipta kejayaan dalam apa juga bidang yang diceburi bukan satu tugas mudah sebaliknya memerlukan usaha, kerja keras dan pengorbanan dari pelbagai sudut, baik masa, tenaga atau wang ringgit.

Seorang wanita berkongsi kisahnya membuktikan kepada orang ramai bahawa anak pedalaman juga mampu berjaya mencapai impian.


Kisahnya ini, boleh dikatakan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar di luar sana terutama yang tinggal di pedalaman dan kampung.

Menerusi video di TikTok, wanita bernama Jacquelyn Juliet binti Suching, 25, berkongsi kenangan ketika kecil pergi ke sekolah dengan menaiki bot yang dibawa oleh ibunya.

@iamcqlyn

Kadang kala kita hampir lupa dan tanpa sedar bahawa kita sudah melewati banyak kisah pahit manis di lembah kehidupan kita❤️ Peluk erat tubuhmu, jaga dia baik-baik kerna dia bertahan untukmu🥰 #usik #usikfebyputri #kehidupan #fyp #tuhanitubaik #younggirl #loveyourself #throwback #foryoupage

♬ suara asli – Sad Song – Sad Song

Bantu ibu bapa bekerja di kebun rumbia

Menurut anak yang berasal dari Kampung Kebuaw, Dalat, Sarawak, sejak dia berumur lima tahun lagi telah membantu ibu bapanya di kebun rumbia untuk menampung perbelanjaan. Walaupun waktu siang banyak menghabiskan masa di kebun rumbia, Jacquelyn tidak lupa untuk menyiapkan kerja sekolah dan mentelaah pada waktu malam.

“Ibu bapa saya bergaji dengan orang lain di kebun rumbia. Saya dan adik-beradik akan bantu mereka untuk menjana pendapatan terutama dalam pendidikan kami.

“Kebanyakan waktu cuti akan dihabiskan di kebun rumbia sehingga saya tamat pengajian di universiti.

“Selain dari kebun rumbia, saya selalu ikut datuk dan nenek ke kebun sayur, petik sayur dan jual. Lain-lain rutin seperti mencari siput di tebing Sungai Rajang untuk dijual,” katanya kepada Lobak Merah.

Img 2472

Berkat usaha dan pencapaian yang memberangsangkan dalam SPM, Jacquelyn berjaya mendapat biasiswa daripada Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman untuk melanjutkan pelajaran di peringkat menara gading dan kini telah menjadi peguam bela dan peguam cara di Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengucapkan tahniah dan turut berbangga dengan pencapaian yang diperolehinya.

Baca: Kerajaan Bakal Perkenal E-Kredit Tiket Penerbangan Untuk Pelajar IPTA Ogos Ini
E Kredit Penerbangan Ipta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.